Dengan hati yang berkobar-kobar(selepas kecewa dengan filem Street Fighter, The Legend Of Chun Li), kami telah pun pergi menyaksikan filem Dragonball Evolution semalam. Semangat nak tengok bagaimana aksi Goku dengan “Kame Hame Ha”, nak tengok awan terbang dan nak tengok Pikor @ Picollo yang jahat.
Namun sayangnya sekali lagi kami telah dikecewakan. Apa kejadahnya Hollywood buat cerita Dragonball ikut suka hati mak bapak dia. Langsung tak sama dengan komik Mutiara Naga yang kami layan waktu bebudak. Main suka hati James Wong(pengarah) buat cerita Dragonball tak ikut langsung komiknya.
Goku tak ada ekor, rambut tak cacak, tetiba dah jadi besar, pergi sekolah lagi tue, pandai mengorat awek(Chi Chi kawan sekolah dia), tak ada kayu boleh memanjang dan tak ada awan terbang. Paling tak tahan Goku sebenarnya adalah gorilla suruhan Pikor(nama gelaran Oozaru). Apa kejadahnya tue.
Kame Hame Ha dia pun bodoh gile(stakat CGI macam tue, kami pun leh buat). Pikor pulak muda remaja dengan pompuan ntah mana-mana jadi orang suruhan dia. Tak ada Tenshin, tak ada Kurin dan cikgu Roshi tak pakai kura-kura punya sarung kat badan dia.
Kesimpulannya kalau anda berharap movie Dragonball Evolution nie sebijik ikut cerita komik, harapan anda akan musnah hancur lebur bak debu. Kami naik menyampah tengok Hollywood suka hati jer menghancurkan satu lagi karya dari Jepun. Lain kali baca la komik Mutiara Naga dulu, jangan main tibai jer buat filem.
Rating dari BeautifulNara: 2 dari 10 bintang.