Dr Zulkifli Tegur Penjawat Awam ‘Hilang’ Semasa Waktu Bekerja

Trending

Dr Zulkifli Tegur Penjawat Awam ‘Hilang’ Semasa Waktu Bekerja

Rasanya rakyat Malaysia mesti dah biasa melihat fenomena penjawat awam yang masih lagi lepak di kedai makan meskipun dalam waktu bekerja. Perkara ini membuatkan orang ramai mempunyai tanggapan yang buruk kepada semua pekerja kerajaan.

Bagi mengekang masalah itu, Datuk Seri Dr Zulkifli yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan memperkenalkan satu model cara kerja terbaru yang digariskan mengikut sistem piramid dan memberi kepentingan kepada konsep masa semasa bekerja. Dengan tegasnya, beliau menyatakan bahawa budaya mengabaikan waktu semasa menjalankan tugas adalah sangat tidak disukainya.

Advertisement

Untuk memastikan kejayaan rancangan ini, ketua-ketua jabatan perlu menyediakan laporan pada saban minggu tentang tugas setiap kakitangan bawahan supaya semua dapat menjalankan tugas secara profesional.

Bos atau ketua unit perlu periksa kakitangan masing-masing. Jam 9 pagi mereka di mana, jam 3 petang mereka di mana, takkan jam 4 petang masih makan lagi. Ini budaya tak elok.

dr zulkifli tak mahu kakitangan awam buang masa

Keputusan ini dibuat apabila menerusi pemerhatiannya, terdapat ramai kakitangan awam yang membazirkan masa semasa waktu bekerja.

Kadang-kadang mereka buat kerja tidak penting, hilang waktu bertugas, tempat duduk kosong, anak buah tidak dapat dikesan oleh ketua dan sebagainya. Ini konsep tidak sihat. Padahal kalau kita datang awal, buat kerja awal, kita dapat menyiapkan kerja lebih awal.

Tak cukup dengan itu, Dr Zulkifli juga memaklumkan bahawa beliau bakal memperkenalkan fail meja. Di mana setiap kakitangan terus diberitahu tugasan yang perlu dilakukan oleh mereka sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke pejabat. Beliau turut menegaskan bahawa setiap agensi agama haruslah bekerja secara profesional.

Sebolehnya, saya mahu mengelak stigma buah mulut orang ramai bahawa orang agama, agensi agama ini lemah, tidak stabil (dari segi kerja).

Untuk memberi galakan kepada setiap kakitangan di bawahnya, beliau menggunakan konsep mentadbir dengan kasih sayang. Bahkan pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik, tanpa mengira pangkat, akan diberikan hadiah olehnya.

Semoga pelan rancangan ini akan membawa perubahan kepada cara bekerja yang lebih produktif.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...