Dr Zulkifli Akan Lebih Aktif Di YouTube Selepas Ini

Trending

Dr Zulkifli Akan Lebih Aktif Di YouTube Selepas Ini

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh menterinya telah meletakkan jawatan dan kini Malaysia menantikan pengganti baharu yang akan memimpin negara. Meninjau perkembangan terkini Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau akhirnya dapat menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa semula.

4 years ago

Golongan Anti Vaksin Tidak Senang Duduk Lihat Dr Zulkifli Dilantik Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Advertisement

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini turut menyatakan hasratnya untuk terus aktif di laman sosial.

“Mungkin selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces. Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama.” – Tulisnya di Twitter.

dr zulkifli

Dr Zulkifli turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sepanjang 17 bulan 6 hari dia menyandang amanah sebagai menteri.

“Sekalung penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Begitu juga tidak dilupakan rakan-rakan kabinet yang sentiasa memberi sokongan.” – Tulisnya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga ke hari ini melalui inisiatif #Musaadah. Beliau turut akan membentangkan ke mana setiap sen Zakat, infaq, waqaf yang disalurkan sepanjang 2020-2021.

Semasa bergelar Mufti Wilayah, beliau sememangnya amat disenangi rakyat Malaysia kerana cepat menjawab segala isu yang diajukan rakyat. Kini beliau mempunyai lebih 500 ribu pengikut dan 19.2 ribu perkongsian di Twitter.

 

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...