Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh menterinya telah meletakkan jawatan dan kini Malaysia menantikan pengganti baharu yang akan memimpin negara. Meninjau perkembangan terkini Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau akhirnya dapat menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa semula.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini turut menyatakan hasratnya untuk terus aktif di laman sosial.
“Mungkin selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces. Kembali menulis buku, menyampaikan kuliah dan menjawab soalan-soalan agama.” – Tulisnya di Twitter.
Dr Zulkifli turut memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sepanjang 17 bulan 6 hari dia menyandang amanah sebagai menteri.
“Sekalung penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada negara. Begitu juga tidak dilupakan rakan-rakan kabinet yang sentiasa memberi sokongan.” – Tulisnya.
Beliau turut memaklumkan sebanyak RM591.9 juta telah diagihkan bermula Mac 2020 hingga ke hari ini melalui inisiatif #Musaadah. Beliau turut akan membentangkan ke mana setiap sen Zakat, infaq, waqaf yang disalurkan sepanjang 2020-2021.
Semasa bergelar Mufti Wilayah, beliau sememangnya amat disenangi rakyat Malaysia kerana cepat menjawab segala isu yang diajukan rakyat. Kini beliau mempunyai lebih 500 ribu pengikut dan 19.2 ribu perkongsian di Twitter.
Alhamdulillah, amanah yang saya terima dengan lantikan oleh DYMM SPB YDPA sebagai Senator dan Menteri adalah tanggungjawab dan penghormatan yang dilaksanakan sedaya upaya. Menjunjung kasih atas kepercayaan Tuanku kepada patik pacal yang senantiasa mendoakan kebaikan buat Tuanku. pic.twitter.com/SQYfQ8UTaW
— ?? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 16, 2021
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara