Dr. Zakir Naik masih boleh meneruskan siri ceramah beliau di mana-mana lokasi selagi ia tidak menjejaskan keharmonian negara.
Lapor Astro Awani, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memantau tajuk ceramah yang akan disampaikan, asalkan ia tidak mencetuskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.
“Kita akan semak apa tajuk ceramah beliau (Dr Zakir Naik),” katanya.
Sebelum ini, Khalid menerusi Twitternya berkata polis memutuskan untuk tidak membenarkan forum Dr. Zakir Naik yang bertajuk “Similarities Between Hinduism dan Islam” (Persamaan antara agama Hindu dan Islam); yang dijadualkan berlangsung di Melaka; diteruskan.
“Polis memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti awam di negara ini,” katanya.
Dr Zakir Naik akan berceramah beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi.
Maya
April 12, 2016 at 2:19 pm
sepatutnye nk beri kenyataan fikir lah dl kesannye..rakyat sekarang dh ramai yg buka mata.celik it..buka je internet semua berita rakyat blh tahu..berita tv tigasuku x leh pakai..jd fikir2 kan lah sblm membuat kenyataan..