June 4th, 2020

Beranggapan Samantha Katie James masih muda dan mentah untuk bercakap tentang sesuatu isu sensitif seperti perkauman, bekas Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci tampil bersuara dan menyatakan perjalanan sebagai seorang ratu itu masih panjang.

dr soo wincci miss world malaysia 2008

Tambah Wincci, Samantha dilihat seakan belum pernah melalui pahit getir dalam mengharungi kehidupan sebenar sebagai seorang ratu yakni pemegang tahta Miss Universe Malaysia.

Menurutnya, beliau juga akui shingga kini masih berasa tidak cukup pengetahuan andai mahu bercakap soal perkauman.

“Sebenarnya bila saya tengok dia, saya rasa mungkin dia masih mentah dan muda.

Hal ini kerana, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Namun perlu diingatkan, golongan ini wajar melalui dan merasao sendiri perkara itu terlebih dahulu sebelum berhujah berikutan hal sebegini.

dr soo wincci miss world malaysia 2008

Winnci juga berkata, Samantha atau sesiapa sahaja perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat kerana zaman kini menjadikan sesuatu perkara itu mudah tular di media sosial.

“Sekarang benda mudah jadi viral jadi perlu lebih berhati-hati. Tambahan pula sebab ini bukan isu negara kita. Kalau boleh negara orang lain kita jangan campur tangan.”

Sementara itu, Wincci juga berharap menerima permohonan maaf Samantha agar perkara ini dapat kembali jernih tanpa ada sebarang perbalahan mahupun gelaran Miss Universe Malaysia 2017 yang diraih Samantha dilucutkan.

samantha dr soo wincci isu perkauman

Terdahulu, isu rasis Samantha menimbulkan kemarahan ramai pihak apabila beliau dikhabarkan menyuarakan pendapat peribadi berunsur perkauman terhadap orang berkulit hitam.

Bagaimanapun, Samantha kini sudah memohon maaf secara terbuka di laman instagramnya di atas kesalahan tersebut.

Sumber: Gempak


2 responses to “Dr. Soo Wincci Harap Orang Ramai Maafkan Samantha”

  1. deena says:

    buat je ape2 kesalahan..tak payah fikir kesan baik atau buruk..then minta maaf..settle..puiiii kahak hijau utk ko!!!

  2. Anonymous says:

    Maafkanlah semua, maafkan pembunuh George, maafkan penghina raja sultan negara, maafkan pemandu mabuk. Macam ta*k

Leave a Reply to deena Cancel reply

Loading...