October 14th, 2019

Pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya tak pernah lekang daripada perhatian orang ramai. Bukan sahaja mereka yang terkenal bahkan anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut menjadi tumpuan semua.

hairul azreen, hanis zalikha, yusuf iskandar, alisya aisyah

Kalau anda rajin menjengah ke laman Instagram pasangan ini, mereka sering memuat naik entri mengenai anak-anak mereka. Mungkin untuk berkongsi perkembangan anak kesayangan bersama para peminat yang tak henti-henti menyokong mereka.

Terbaru, Hairul telah memuat naik satu video di mana dia telah memegang kaki Alisya dan membiarkan bayi itu berdiri menggunakan kekuatan kakinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

@thealisaaisyah 4 months #SundayisFamilyDay

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Rata-rata peminat yang melihat aksi itu telah memuji daya tahan Alisya, siap ada yang cakap nak buat aksi yang sama dengan anak-anak mereka.

Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar telah menegur perbuatan itu sebagai tidak elok dilakukan kepada bayi. Ini kerana otot dan tulang bayi yang masih tidak mampu menahan aksi sedemikian dan mungkin akan memberi akibat buruk nanti.

Namun lebih mengejutkan apabila Hairul telah memadam komen berunsur nasihat itu daripada ruangan entri tersebut.

Kebanyakan netizen terus menyelar tindakan pelakon lelaki itu yang seperti tidak boleh ditegur. Mereka juga bengang kerana komen baik daripada Dr. Sheikh Muszaphar itu seharusnya dibiarkan supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.

hairul azreen padam komen dr sheikh muszaphar di ruangan komennya mengenai alisya aisyah

hairul azreen padam komen dr sheikh muszaphar di ruangan komennya mengenai alisya aisyah

Seorang individu lain telah menyoal kembali kepada angkasawan tersebut mengenai tegurannya itu dan berjaya mendapat jawapan penuhnya.

dr sheikh muszaphar tegur aksi hairul azreen dan alisya aisyah

Apa salahnya terima teguran daripada orang yang lebih berpengalaman dan berilmu? Untuk kebaikan anak sendiri juga sebenarnya.

Sumber: Twitter


39 responses to “Dr. Sheikh Muszaphar Tegur Aksi Alisa Aisyah, Namun Komennya Dipadam Oleh Hairul Azreen Pula”

  1. Anonymous says:

    bodoh tetap bodoh ..betul kata dr Sheikh tu ..

  2. Aneka says:

    Dr Sheikh is one of the specialist orthopedics di HUKM. Doktor pakar tulang kau. dia tau ape yg baik utk tulang baby ke tulang org tua ke.. Bila pakar dh nasihat, amek nasihat tu. Later anak kau sakit tulang ke doc ortho jgk yg kau carik.herghhh

  3. Mia says:

    Bodoh sombong nye hairul azrin ni.. dr.syeikh tegur baik2 kn.. i yg x doctor ni pu tau x elok buat gitu kat babies.. nak dptkn pujian nampak bodoh gile hairul ni.. never liked him pun.. very the poyos..

  4. Anonymous says:

    bila si bodoh menjadi glamor…

  5. sesiapasahaja says:

    aah kan semua anak dia pose mcm tu..

Loading...