Written by Irsa | October 14th, 2019

Pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sememangnya tak pernah lekang daripada perhatian orang ramai. Bukan sahaja mereka yang terkenal bahkan anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah turut menjadi tumpuan semua.

hairul azreen, hanis zalikha, yusuf iskandar, alisya aisyah

Kalau anda rajin menjengah ke laman Instagram pasangan ini, mereka sering memuat naik entri mengenai anak-anak mereka. Mungkin untuk berkongsi perkembangan anak kesayangan bersama para peminat yang tak henti-henti menyokong mereka.

Terbaru, Hairul telah memuat naik satu video di mana dia telah memegang kaki Alisya dan membiarkan bayi itu berdiri menggunakan kekuatan kakinya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

@thealisaaisyah 4 months #SundayisFamilyDay

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Rata-rata peminat yang melihat aksi itu telah memuji daya tahan Alisya, siap ada yang cakap nak buat aksi yang sama dengan anak-anak mereka.

Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar telah menegur perbuatan itu sebagai tidak elok dilakukan kepada bayi. Ini kerana otot dan tulang bayi yang masih tidak mampu menahan aksi sedemikian dan mungkin akan memberi akibat buruk nanti.

Namun lebih mengejutkan apabila Hairul telah memadam komen berunsur nasihat itu daripada ruangan entri tersebut.

Kebanyakan netizen terus menyelar tindakan pelakon lelaki itu yang seperti tidak boleh ditegur. Mereka juga bengang kerana komen baik daripada Dr. Sheikh Muszaphar itu seharusnya dibiarkan supaya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.

hairul azreen padam komen dr sheikh muszaphar di ruangan komennya mengenai alisya aisyah

hairul azreen padam komen dr sheikh muszaphar di ruangan komennya mengenai alisya aisyah

Seorang individu lain telah menyoal kembali kepada angkasawan tersebut mengenai tegurannya itu dan berjaya mendapat jawapan penuhnya.

dr sheikh muszaphar tegur aksi hairul azreen dan alisya aisyah

Apa salahnya terima teguran daripada orang yang lebih berpengalaman dan berilmu? Untuk kebaikan anak sendiri juga sebenarnya.

Sumber: Twitter

39 responses to Dr. Sheikh Muszaphar Tegur Aksi Alisa Aisyah, Namun Komennya Dipadam Oleh Hairul Azreen Pula

  1. Anonymous says:

    ha..aafiyah…terkejut aku..

  2. Lady b says:

    Anak dia muka biasa2 je..cam org tua pon ade gak ak tgk. Tp da besar nanti comella tu…
    Takyah la expose sgt pasal anak….muak

  3. Anonymous says:

    aafiyah..x comel pun

  4. shah deraman says:

    alaa…korg ni sembang je…kate x minat, x follow..tp aku tgk followers diorg byk jgk…klu btl x ske x payah follow langsung..ni x follow mak bapak tapi anak korg follow siap puji comel bagai lagi laa si mangkuk hayun 2 ekor ni ego..dia tau korg dok kecam2 tp tetap follow ig anak2 dia…x pyh follow ig anak ke mak bapak ke x pyh..ajar skit si 2 ekor poyo ni…

  5. Anonymous says:

    teruk betul perangai hairul nih… patut laa ramai meluat dgn lakibini nih… xleh di tegur… nk komen suci2 jer… dh salah tetap salah.. komen Dr tuh bole utk rujukan org lain… pentingkan diri sendiri jerrr

  6. tecit says:

    rasenye dr sms should advice him by pm tepi dlu. tp i gues maybe he did it but was being ignored. so thats y he chose to comment on this post.

  7. joe says:

    lantak dia lah…kalau jatuh anak dia, mati ke sakit ke anak dia…peduli apa, biarkan je

  8. shah deraman says:

    mmg laa y jatuh anak dia..tp mslhnye klu ade org y cb tiru aksi dia camne?fans dia y komen “wow..nk buat jgk laa”..bangang…so sblm ade kemalangan disebabkan bnde bodoh ni elok laa Dr tegur dl..dia pun selebriti..nk org puji2 dia je…rs bangga bl ade fans bodoh dia nk tiru aksi dia..malang x berbau bkn dia pun nk bertggjwb..

  9. shah deraman says:

    bagi aku bnde2 bodoh camni x perlu pun nk pm tepi ke ape ke..x melibatkan aib pun…terus je komen kat public at least peminat bodoh dia y teringin nk ikut aksi tu blh baca..lain laa klu bnde y peribadi dan aib boleh laa nk pm tepi dl…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini