Dr Sheikh Muszaphar Mahu Semua Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi Doktor

Hiburan

Dr Sheikh Muszaphar Mahu Semua Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi Doktor

Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszapharkini telah memasang niat dan impian untuk melihat kesemua anak-anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.

Advertisement

Beliau yang baru sahaja menimang cahaya mata kembar itu akui dirinya mahu mendedahkan keenam-enam anaknya dengan segala hal berkaitan dunia perubatan pada usia muda seperti yang pernah dilakukan oleh arwah bapanya.

Dalam perkongsian itu, Dr Muszaphar turut memuat naik foto anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai doktor.

Bahkan beliau juga tidak terlepas mengimbau kembali kenangan perjalanannya bergelar seorang doktor.

“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai doktor. Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia. Saya bercita-cita mahu menjadi doktor sejak umur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskp, mikroskop, buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap saya pada diri ‘saya mahu jadi doktor’ sebanyak 10 kali sehari. Malah, turut ada poster di dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur.”

Atas dasar minat yang mendalam, Dr Muszaphar mendedahkan dirinya sudah mula berjinak-jinak melakukan pemdedahan ke atas haiwan pada usia muda.

Malah turut berbangga kerana berjaya mencapai impian menjadi doktor apabila dewasa.

“Pertama kali bedah katak pada usia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga berjaya capai impian itu. Bapa saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya ‘What the Mind believes, the Body can Achieve’. Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula.”

Untuk rekod, Dr Muszaphar telah berkahwin dengan Dr Halina pada 10 Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...