Dr Say Shazril Kongsi Pengalaman Mendebarkan Bertugas Sebagai ‘Frontliner’ Di Zon Merah

COVID-19

Dr Say Shazril Kongsi Pengalaman Mendebarkan Bertugas Sebagai ‘Frontliner’ Di Zon Merah

Bukan mudah menjadi salah seorang petugas barisan hadapan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Mereka bukan sahaja perlu bertugas siang dan malam tanpa henti malah berisiko mendapat jangkitan kerana terdedah dengan virus tersebut hampir setiap masa.

Baru-baru ini, doktor selebriti iaitu Dr Say Shazril berkongsikan pengalamannya yang akhirnya dipanggil sebagai sukarelawan bagi membantu. Dia berpeluang menyertai Mercy Malaysia untuk bertugas sebagai petugas barisan hadapan di Pasar Borong Kuala Lumpur yang merupakan zon merah COVID-19.

Advertisement

“Seperti di war zone.”

Dr Say Shazril

Saya sering tertanya-tanya macam mana the real situation dekat luar sana? Betul ke keadaannya macam war zone? Betul ke pakai PPE tu panas gila? Apa rasanya jadi frontliner ni? Well, hari ni saya dapat experience kesemuanya!

Saya ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Kalau kalian tengok berita hari ini, Pasar Borong ni ibarat war zone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera & polis, cukup menyeramkan.

Dr Say sebelum ini pernah kecewa kerana tidak mendapat peluang menjadi sukarelawan bersama Mercy Malaysia. Namun selepas beberapa lama menunggu, akhirnya dia ditawarkan menjadi sukarelawan baru-baru ini selepas menerima panggilan telefon dari Mercy Malaysia.

Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment). Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield.

Dia turut menggambarkan kehangatan yang dirasai diibaratkan seperti duduk di dalam kereta yang dibiarkan di bawah terik panas matahari sepanjang hari dan tingkap hanya dibuka 1/5 tanpa penghawa dingin. Disebabkan itu juga lah, masa yang dihadkan untuk memakai PPE hanya 3 jam sahaja kerana jika lebih lama boleh memudaratkan.

dr say shazril

Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan sebab kita tak tahu apa yang nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok dan dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap hari ini engkau kena swab tekak beratus orang ni yang mungkin salah seorang ni ada wabak maut ni, apa perasaan korang?

Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak dan bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni Nauzubillahiminzalik. Akan tetapi saya sangat bertuah dikelilingi team yang cukup supportive dan helpful. 1st time saya nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. ‘Kecuakan’ saya tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang.

dr say shazril

Di dalam perkongsian itu, dia turut mengingatkan orang ramai untuk tidak memandang remeh dengan penularan wabak COVID-19 ini. Jumlah kes yang diterima sekarang mungkin masih berada pada angka dua digit sahaja namun menurutnya, angka dua digit ini mungkin tidak akan berkekalan.

Artikel berkaitan: “Ingat Nurse Ni Hamba Ke?”, Doktor Tidak Teragak-Agak ‘Sound’ Waris Pesakit Kurang Ajar Dengan Jururawat

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...