Komitmen kewangan seseorang banyak bergantung kepada tahap pendapatan serta cara pengurusan kewangan. Sekiranya kewangan berada dalam keadaan stabil, tentu tiada masalah untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Baru-baru ini, Dr Say Shazril turut berkongsi mengenai komitmen bulanannya serta pandangan beliau mengenai kestabilan kewangan sebagai seorang doktor menerusi satu temu bual bersama PRU BSN.
Dr Say memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan komitmen bulanannya mencecah sekitar RM35,000. Berikut ialah pecahan komitmen bulanan beliau:
Yuran sekolah anak (RM6,000), Sewa rumah (RM5,500), Gaji pengurus (RM5,000), Kereta Jaguar (RM5,000), Kereta Alphard (RM2,500), Nafkah isteri (RM2,000), Gaji maid (RM1,700), Terapi anak (RM1,000), Takaful (RM1,000), ASB (RM1,000), Gym – (RM1,000), Bil-bil lain (RM1,000).
Okay, bulan ni aku kena at least buat RM35,000. Macam mana sekali pun, saya kena buat juga. Jadi, bila tanya saya cukup ke tak? Jawapan dia, it’s never enough. Takkan pernah cukup. Apa yang penting bagi saya adalah bukan not the amount, tapi ketenangan tu,” katanya.
Namun begitu, ada yang tampil mengecam tindakan Dr Say yang dikatakan kedekut kerana hanya memberikan nafkah buat isteri sebanyak RM2,000 setiap bulan
Dia kemudian membidas kritikan netizen tersebut menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, semalam.
Her Money Is Her Money. Dan my money is her money, xde hal. Dah kite beli beras, kita cubalah beli segala benda lain untuk bini. Bini happy, anak2 happy, rezeki yg masuk pun happy. Penat jugak nak cuba puaskan hati netijen ye?.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.