Proses perceraian di antara penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi masih belum menemui jalan penyelesaiannya.
Suami enggan cerai
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata dia menyerahkan segalanya kepada kuasa mahkamah memandangkan Dr Rushi enggan bercerai dan mahu mempertahankan perkahwinan mereka.
Saya sudah buat apa yang sepatutnya. Malangnya, kuasa talak bukan pada saya. Jadi, kepada pihak-pihak tertentu (isteri pertama), kalau mahu berhujah atau berbuat apa-apa lagi, silakan berhujah dengan suami puan.
Penyanyi itu turut menambah dia enggan masuk campur urusan suami serta pihak belah sana dan proses itu kini perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam.
Takkan tarik balik permohonan cerai
Nora juga nekad mahu berpisah selepas pelbagai krisis melanda rumah tangga mereka namun selepas perbincangan panjang, Dr Rushdi masih tidak mahu melepaskannya.
Tambah Nora, dia tidak akan menarik balik permohonan cerai dibuatnya dan akur bahawa proses tersebut perlu diteruskan ke hakam.
Saya hanya mahu segera keluar daripada ‘cirlce’ yang toksik ini. Hari ini saya sudah bersedia (untuk bercerai) sejak hari perbicaraan pertama lagi. Saya sudah bersedia menerima apa sahaja kemungkinan atau kebarangkalian. Saya sudah buat apa yang sepatutnya dan mengikut semua prosedur mahkamah.