Dr. Rohaizat Dipanggil Bertugas Semula Bantu KKM Perangi COVID-19

COVID-19

Dr. Rohaizat Dipanggil Bertugas Semula Bantu KKM Perangi COVID-19

Bekas Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Rohaizat Yon telah dipanggile kembali bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerangi dan mengawal penularan COVID-19 yang masih aktif di negara ini.

Kepulangannya itu diibaratkan orang ramai, seperti ‘sirih pulang ke gagang’.

Advertisement

Penampilannya ketika sidang media KKM di Putrajaya petang tadi, turut disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia difahamkan telah dipanggil berkhidmat semula secara kontrak bagi membantu KKM dalam ‘peperangan’ yang masih belum tamat ini. Dr. Rohaizat bersara dari kariernya dalam dunia perubatan bersama KKM pada 10 Jun lalu, setelah 35 tahun berkhidmat dalam kementerian tersebut.

Diharap dengan kembalinya Dr. Rohaizat sebagai salah seorang ‘panglima’ di KKM akan memperkuatkan lagi barisan utama negara dalam memerangi wabak tersebut.

Selamat bertugas dan syabas diucapkan kepada Dr. Rohaizat. Terima kasih.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...