Dr. Rafidah Bidas Pengasas Produk Pil Suplemen Ganti Krim Pelindung Matahari

Trending

Dr. Rafidah Bidas Pengasas Produk Pil Suplemen Ganti Krim Pelindung Matahari

Di kala ini, seorang pengasas produk suplemen telah mengeluarkan satu produk suplemen yang didakwa menggantikan fungsi krim pelindung cahaya matahari. Khabarnya, pengguna hanya perlu menelan suplemen tersebut dan tidak perlu lagi menyapu atau memakain krim pelindung dengan Faktor Pelindung Matahari (SPF).


Advertisement


Dakwaan itu bagaimanapun mengundang kritikan pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah. Menulis di Twitter, Rafidah meminta agar rakyat Malaysia tidak tertipu dengan produk suplemen tersebut yang dianggap membahayakan rakyat Malaysia. Dia menulis:

Kalau anda kata tidak kepada pelindung cahaya matahari (sunblock), bermaksud anda kata ya kepada kanser kulit.

Saya terpanggil untuk menolong rakyat Malaysia dari terus tertipu dan terlena dengan mainan pengasas produk kecantikan.

Produk sebegini adalah memang bertujuan menjana pendapatan tanpa memikirkan apa kesan kepada anda.

Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sudah mengeluarkan kenyataan tentang produk sampah macam ini.

Nampak gayanya pengasas produk tahu macam mana cara nak menipu dan lepas daripada undang-undang.

Sangat berharap Menteri Kesihatan YB Dr. Dzulkefley Ahmad boleh mempercepatkan proses pembaharuan akta yang telah disediakan, untuk melindungi rakyat Malaysia.

Kami dah tak sanggup tengok komplikasi.

Kesimpulannya: SUNBLOCK TELAN TIDAK WUJUD.

Tolonglah, pakai penyekat cahaya matahari yang betul.

Kenyataan FDA itu bermaksud:

“Ramai di antara kita memakai pakaian yang melindungi kulit dan mencari tempat teduh. Tapi ada kalanya kita terpaksa mendedahkan kulit kita kepada cahaya matahari atau kita hanya mahu menikmati cuaca luar rumah. Kita perlu tahu mengenai produk yang digunakan untuk melindungi kulit dari radiasi ultraungu (UV) dan selamat digunakan oleh kita dan keluarga. Malangnya, tidak semua produk ini kita tahu manfaatnya.

Kami mendapati ada produk yang mengiklankan bahawa ia dapat melindungi kulit dari cahaya matahari sebenarnya tidak berkesan seperti promosinya. Malah, ia memberi maklumat salah kepada pengguna, dan meletakkan pengguna dalam bahaya.

Hari ini kami telah menghantar suat-surat amaran kepada syarikat yang telah melanggar undang-undang dengan memasarkan pil atau kapsul yang membuat dakwaan yang tidak dapat dibuktikan, bahawa ia mampu melindungi pengguna dari bahaya mendedahkan kulit kepada matahari. Keselamatan dan keberkesanannya didapati tidak memenuhi standard FDA.”

Sebelum ini pengasas produk tersebut berbalah secara terbuka di Instagram dengan Dr. Amalina Bakri yang menentang kenyataan bahawa pil yang dijual oleh pengasas suplemen tersebut mampu menggantikan fungsi krim pelindung matahari. – amazingnara.com

Sumber: Dr Rafidah Abdullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...