Dr Noor Hisham Sempat Luang Masa Lakukan Pembedahan

Trending

Dr Noor Hisham Sempat Luang Masa Lakukan Pembedahan

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan antara ikon penting di Malaysia dalam perjuangan menentang penularan COVID-19 di negara ini. Sebut sahaja namanya pasti semua orang terbayang sosok yang sentiasa tenang dalam menyampaikan hujahnya dalam sidang medianya setiap hari.

Sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, pasti ramai yang menganggap dia mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk terlibat secara langsung dalam pembedahan iaitu bidang kepakarannya.

Advertisement

Namun, pagi tadi dia berpeluang melakukan satu pembedahan pada pesakit sebelum ke udara untuk taklimat akhbar hariannya.

Dalam perkongsian di Facebooknya awal hari ini, Dr Noor Hisham menulis bahawa dia telah melakukan pembedahan tiroid (thyroidectomy) yang melibatkan pembedahan membuang semua atau sebahagian kelenjar tiroid.

“Sungguh menyegarkan berada di bilik operasi dan bertemu dengan semua kakitangan dewan pembedahan (OT). Saya juga diberi penerangan mengenai aliran dan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua operasi pesakit COVID-19.”

Dr Noor Hisham juga mengatakan, di tengah-tengah situasi pandemik sekarang ini, rakyat Malaysia sangat bersatu dan dia turut memuji barisan hadapan kerana menunjukkan nilai-nilai yang baik terhadap rakyat.

“Ketika krisis pandemik ini berkembang, ia telah memberi kita banyak pengajaran berharga tentang perpaduan dan tanggungjawab bersama.”

Walaupun negara ini dalam tahap pemulihan, dia mengakui bahawa ianya menjadi cabaran bagi rakyat untuk sentiasa mematuhi SOP agar negara ini dapat mencatat angka sifar kes baharu wabak COVID-19.

Dr Noor Hisham turut berkongsi tiga keping gambar di dalam bilik pembedahan dan rata-rata pengguna laman sosial mengucapkan tahniah dan berbangga dengan apa yang dilakukan beliau.

Muat naik tersebut mendapat sebanyak 28,000 tanda suka dan hampir 1,000 perkongsian oleh pengguna laman sesawang berkenaan.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...