Dr. Noor Hisham Luah Rasa Sedih Dengan Situasi Di Mahkamah Kuala Lumpur Hari Ini

Trending

Dr. Noor Hisham Luah Rasa Sedih Dengan Situasi Di Mahkamah Kuala Lumpur Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini meluahkan rasa kecewa terhadap situasi perhimpunan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur yang tular hari ini.

Dia menjelaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini telah berulang kali memberi peringatan kepada orang awam sebelum ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Advertisement

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.”

Dia berkata demikian sebagai maklum balas mengenai laporan BERNAMA di Twitter yang bertajuk ”Ahli Parlimen bimbang wujud kluster baru”.

Beberapa gambar tular di media sosial hari ini menunjukkan orang ramai yang berhimpun tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti penjarakan sosial dan memakai pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah itu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...