Dr Noor Hisham Dedahkan Dia Bercita-Cita Menjadi Pegawai Agama Atau Mufti

Trending

Dr Noor Hisham Dedahkan Dia Bercita-Cita Menjadi Pegawai Agama Atau Mufti

Mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah merupakan pakar dalam pembedahan endokrin dan dilatih di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

Namun apa yang memeranjatkan, perubatan bukanlah pilihan pertam Ketua Pengarah Kesihatan  yang telah menjadi wajah masyarakat negara dalam memerangi wabak COVID-19.

Advertisement

Dr Noor Hisham menyatakan perkara itu sewaktu wawancara dengan Elena Koshy dari New Straits Times. Wawancara, bertajuk “The Reluctant Hero” itu, diterbitkan pada Ahad yang lalu.

Saya mahu menjadi pegawai agama atau mufti.

Menurut Dr Noor Hisham ketika berusia 14 tahun, dia mula mencari identiti dan tujuan hidupnya. Perkara ini telah membawanya mendekati agama dengan lebih mendalam.

“Saya memfokuskan pada pengajian agama untuk mengenal diri saya pada tahap yang lebih dalam dan mencari jawapan kepada persoalan eksistensial itu.”

Mengalami krisis eksistensial dia menyatakan zaman kecilnya dia bagai kehilangan arah. Dr Noor Hisham tidak tahu di mana dia dilahirkan dan hanya mendapat khabar yang tidak pasti bahawa dia dilahirkan di Sungai Pelek.

Dia hanya mengetahui dia telah diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Muslim Cina ketika dia berusia 46 tahun. Menurutnya dia diambil sebagai anak angkat ketika dia baru berusia beberapa bulan.

Namun, dia tetap bersyukur kerana baginya dia tidak akan berada di mana dia hari ini jika dia tidak melalui pengalaman itu.

“Ibu bapa angkat saya dipisahkan dan saya dibesarkan oleh ibu tunggal. Kami harus berdiri sendiri. Saya belajar untuk menjadi pandai dan bebas dari muda.”

Jadi bagaimanakah dia beralih minat kepada bidang perubatan?

Dr Noor Hisham menyatakan bahawa kredit harus diberikan kepada ketua pengajian agama di Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Dia yang berminat untuk mendalami bidang agama disuruh oleh ketua pengajian kolejnya itu agar beralih kepada bidang perubatan.

“Dia mengatakan bahawa ramai yang belajar bidang keagamaan tetapi kurang yang belajar perubatan.”

Walaupun enggan menerima nasihat itu, dia tetap mengikut saranan ketua pengajiannya itu dalam terpaksa.

Dr Noor Hisham dalam temu bual tersebut berseloroh bahawa bukan sahaja dibesar dan menjadi anak angkat keluargannya tetapi turut mempunyai keluarga angkat di seluruh Malaysia.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...