Dr Noor Hisham Dedah Perjuangan “Frontliners” Di Sabah Capai Tahap Kritikal

COVID-19

Dr Noor Hisham Dedah Perjuangan “Frontliners” Di Sabah Capai Tahap Kritikal

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan tampil menyifatkan bahawa perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik Covid-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal.

Advertisement

Menerusi hantaran tweet di laman Twitter miliknya, beberapa strategi dan pendekatan akan diambil bagi mengekang serta memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri tersebut.

“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,”

Untuk rekod, semalam sahaja, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 561 kes baharu Covid-19 telah melanda negara, malah daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 488 kes.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...