Dr Noor Hisham Beri Bayangan PKP Akan Dilaksanakan Semula

COVID-19

Dr Noor Hisham Beri Bayangan PKP Akan Dilaksanakan Semula

Seakan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula, komen balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada seorang pengguna Twitter menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Dr Noor Hisham Beri Bayangan PKP Semula

Advertisement

Dr Noor Hisham dilihat membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan agar kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu. Malah turut tidak memberi kepercayaan dengan arahan kuarantin sendiri.

“Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?” tulisnya.

Namun begitumm tweet itu seolah-olah mengundang reaksi wargamaya yang merasakan ia seperti memberi petunjuk bahawa PKP akan dilaksanakan semula.

Malah tidak ketinggalan, segelintir pihak yang memberi maklum balas agak keberatan andai PKP dilaksanakan semula kerana mengambil kira faktor ekonomi.

Dr Noor Hisham Beri Bayangan PKP Semula

Disamping itu, ada juga yang mengambil kesempatan membangkitkan isu ahli politik yang gagak kuarantin diri sendiri.

Terdahulu, kecoh seluruh negara selepas kes baharu positif Covid-19 kembali kepada tiga angka sejak beberapa minggu ini susulan peningkatan kes di Sabah.

Dr Noor Hisham Beri Bayangan PKP Semula

Tidak kurang juga, boleh dikatakan kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan kes baharu setiap hari sekali gus menambah keyakinan bahawa PKP mungkin mampu dilaksanakan kembali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...