Dr Noor Hisham Abdullah Kuarantin Di Rumah, Sidang Media Dari Kediaman Tanpa Kehadiran Petugas Media

COVID-19

Dr Noor Hisham Abdullah Kuarantin Di Rumah, Sidang Media Dari Kediaman Tanpa Kehadiran Petugas Media

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Ketua Pengarah Kesihatan, kini difahamkan sedang menjalani kuarantin di rumah dan akan mengadakan sidang media secara langsung dari kediamannya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah hantaran di Instagram, Dr Noor Hisham dijangka akan mengadakan sidang media tanpa kehadiran petugas media pada 5.30 petang ini.

Advertisement

Kata Dr Noor Hisham, beliau tetap akan menjawab soalan daripada media walaupun secara maya.

“Kita boleh mengadakan sidang media secara maya setiap hari dan saya tetap akan menjawab soalan daripada media” 

Sekadar informasi, Dr Noor Hisham kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selepas beliau dikatakan hadi ke mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.

Rentetan kejadian, Dr Noor Hisham membatalkan sidang media yang dijadualkan semalam.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...