Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Trending

Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Segala desas-desus akhirnya terjawab apabila Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan beliau yang berkuat kuasa esok.

Dr Maszlee berkata, keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

Advertisement

maszlee malik sah letak jawatan

Di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat.

Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 3 Januari 2020.

 

maszlee malik sah letak jawatan

Menerusi satu sidang media khas sekitar jam 4.30 petang tadi, Dr Maszlee akui banyak pihak tidak senang dengan kepimpinannya dan setiap apa yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pasti akan dipertikaikan sehingga timbul pelbagai isu.

Dr Maszlee yang juga bekas pensyarah dilantik  sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018.

Sumber Berita : Astro Awani, Berita Harian & Twitter Maszlee Malik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...