Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Hari Ini?

Trending

Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Hari Ini?

Khabar angin bertiup kencang hari ini, satu berita yang mengejutkan ramai pihak apabila YB Dr Maszlee Malik mewakili Parlimen Simpang Renggam dijangka bakal meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia hari ini.

Menerusi laporan Malay Mail, Dr Maszlee telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi. Malah, Tun Dr Mahathir sendiri telah mengesahkannya.

Advertisement

Dr Maszlee Malik

Satu sidang media khas akan diadakan pada petang ini di Kementerian Pendidikan, Putrajaya bagi mengumumkan keputusannya.

Dr Maszlee yang juga bekas pensyarah dilantik  sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018.

Maszlee Malik letak jawatan

Terdahulu, beliau menerima pelbagai kritikan selepas mencadangkan agar murid memakai kasut hitam pada 2021 dan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Empat.

Sumber Berita : Malay Mail

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...