Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim tampil menafikan dakwaan dirinya adalah dalang di sebalik aktiviti pemerdagangan manusia di Myanmar.
Mashitah dalam satu hantaran Facebook berkata, namanya mula diperkatakan sebagai individu yang terlibat dalam aktiviti haram itu setelah media Indonesia mula menularkan kisah tersebut.
Dia juga telah membuat satu laporan polis dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
Saya telah membuat laporan dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mengaitkan saya dengan aktiviti di Myanmar yang tular.
Saya tidak teragak-agak akan ambil tindakan mahkamah pada pihak cuba mengaitkan saya dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi saya.
Dia dalam pada itu menegaskan untuk tidak sekali-kali terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang dan agama Islam.
Terdahulu, MHO menggesa Suruhanya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa menjadi dalang dalam sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar bersama suaminya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.