“Dr M: Apa Habaq Orang Muda?” Diktator atau Pejuang Bangsa?

Trending

“Dr M: Apa Habaq Orang Muda?” Diktator atau Pejuang Bangsa?

Tun M sememangnya dikenali sebagai diktator. Ya DIKTATOR yang memerintah Malaysia dari Malaysia ini tandus dengan ekonomi sampai berjaya membina menara antara yang tertinggi di dunia. Diktator yang dikatakan memerintah secara kuku besi, gilakan kuasa dan pembunuh demokrasi.

dr-m-apa-habaq-orang-muda

Advertisement

Memerintah selama 22 tahun. Haaa memang diktator la kan? Bila kita lihat definisi diktator itu sendiri. Diktator merupakan pemimpin yang sudah hilang populariti dan kepercayaan rakyat untuk memerintah tetapi menggunakan segala kuasa yang ada untuk menekan musuh politik dan rakyat untuk kekal memerintah.**

Tapi Tun M telah meletak jawatan ketika beliau masih duduk tinggi di atas seperti menara yang beliau bina. Masih disanjung oleh pelbagai lapisan masyarakat. Inikah yang dikatakan sebagai diktator? Diktator sebenar masih ada di luar sana. Masih mengganas untuk kepentingan ahli keluarganya sendiri.

Buku Apa Habaq Orang Muda? merupakan sebuah buku perkongsian tentang pesanan dan pengajaran penting yang ditinggalkan oleh bekas ‘diktator’ ini kepada rakyat malaysia. Apa yang kami suka tentang buku ini adalah bab yang dibincangkan disusun dengan elok. Bab yang merakumi Demokrasi, Perpaduan, Pendidikan, Ekonomi, Budaya, Perjuangan dan Sistem.

Selain itu, buku ini juga memceritakan tentang sejarah bagaimana Malaysia menangani krisis ekonomi, bagaimana terbinanya Putrajaya dan Cyberjaya, kenapa kereta Nasional seperti Proton hanya wujud di Malaysia pada ketika itu serta pelbagai lagi isu dan hal yang pasti membuka minda anda yang berkarat itu.

apa-habaq-orang-muda

Buku ini boleh didapatkan di Dubook Press dan kedai kedai buku seperti SMO, Hasani Book Store, Boarders Bookstore, First Touch dan MPH Bookstore.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...