Dr Jemilah Dilantik Penasihat Khas Kesihatan Awam, Pernah Jahit Sendiri Luka Tembakan Dan Terus Menyelamat Di Iraq

Kehidupan

Dr Jemilah Dilantik Penasihat Khas Kesihatan Awam, Pernah Jahit Sendiri Luka Tembakan Dan Terus Menyelamat Di Iraq

Oleh kerana situasi kesihatan Malaysia yang kian meruncing, Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melantik Tan Sri Dr Jemilah Mahmood sebagai Penasihat Khas kepadanya bagi isu kesihatan awam.

Kalau anda nak tahu, Dr Jemilah juga merupakan pengerusi kepada MERCY Malaysia dan lantikan itu dilakukan kerana pengalaman yang mendalam wanita tersebut selain sering terlibat dengan aktiviti kemanusiaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Advertisement

dr jemilah dilantik penasihat kesihatan perdana menteri

Kerja sukarelawan sebahagian daripada hidupnya

Dr Jemilah mempunyai latar belakang yang sangat hebat di mana beliau mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan dan juga ijazah sarjana bagi Obstetrik & Ginekologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga telah menjalankan pelbagai kerja sukarelawan perubatan di banyak negara termasuklah di Indonesia ketika bencana Tsunami yang berlaku pada tahun 2004.

Walaubagaimanapun, Dr Jemilah merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan tugas sukarelawannya dan sanggup menggadaikan nyawa bagi melunaskan tanggungjawabnya itu.

dr jemilah mercy malaysia

Misi kemanusiaan di Iraq bertukar tragedi

Kisah mencemaskan yang berlaku pada tahun 2003 semasa misi kemanusiaan yang disertai oleh wanita itu nyata meninggalkan kesan sehingga kini. Semasa sedang dalam perjalanan untuk menghantar bekalan perubatan di Iraq, ambulans yang dinaikinya telah diserang oleh kumpulan penjahat. Meskipun kenderaan tersebut dihiasi dengan bendera putih menandakan mereka adalah kumpulan misi kemanusiaan, namun mereka masih menerima beberapa das tembakan.

Menyedihkan kerana dua daripada petugas kesihatan yang bersamanya pada ketika itu meninggal selain pemandu ambulans itu juga tidak dapat diselamatkan. Dr Baba yang juga merupakan rakannya turut mengalami kecederaan serius kerana telah menghalang salah satu tembakan daripada terkena Dr Jemilah. Malahan peluru itu sempat menembusi sebuah buku Reader’s Digest yang tebal sebelum terkena pinggang wanita itu.

Walaubagaimanapun, melihatkan keadaan rakannya yang serius, Dr Jemilah dengan pantas menjahit sendiri luka tembakan di pinggangnya dan meninggalkan peluru tersebut di dalamnya. Kemudian, beliau terus membedah Dr Baba sambil menangis bagi menyelamatkan rakannya itu di dalam ambulans tersebut.

Tak cukup dengan itu, tidak sampai beberapa jam selepas kejadian ngeri tersebut, Dr Jemilah telah ditarik ke bilik pembedahan bagi menyelamatkan nyawa seorang wanita yang mahu bersalin namun mempunyai masalah kekurangan darah. Beliau meneruskan kelahiran itu dengan melakukan C-section dan pesakit itu juga selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki.

Bayangkan dalam masa beberapa jam sahaja, Dr Jemilah kehilangan beberapa rakan sekerjanya, ditembak dan juga berjaya menyelamatkan nyawa orang lain. Hebat!

Rata-rata rakyat Malaysia yang membaca kisah hebat wanita ini melahirkan rasa kagum dengan kehebatannya dan menyokong pelantikannya sebagai penasihat kesihatan tersebut.

Tahniah atas pelantikan Dr Jemilah!

Sumber (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...