Memandangkan sekarang ini kita banyak terdedah dengan cahaya komputer dan telefon terutamanya, tubuh badan kita pastinya akan cepat letih dan lesu kan. Tambah lagi, pelajar yang sedang Online Distance Learning (ODL) ataupun pekerja yang Work From Home (WFH) setiap hari. Hasilnya, akan muncul eyebag atau lingkaran bawah mata.
Dalam perkongsian Dr. Irma Shida dalam akaun Twitternya, beliau ada berkongsi beberapa cara untuk hilangkan masalah ini.
1. Minum air kosong secukupnya
“Salah satu cara yang paling cepat dan terbukti berkesan untuk hilangkan lingkaran gelap di bawah mata adalah you kena minum air kosong secukupnya.
Menurut perkongsian Dr ini, beliau ada menekankan bahawa pengambilan air kosong yang mencukupi adalah sangat penting. Ini kerana lingkaran bawah mata selalunya terjadi kerana peredaran darah yang tidak lancar.
Tambahnya, lingkaran gelap di bawah mata ini selalunya dikaitkan dengan vitamin K dan kekurangan vitamin B12. Jadi, antara makanan yang sesuai diambil adalah sayur seperti bayam, lobak merah serta buah-buahan. Haa mudah ke senang?
2. Uncang teh
Dalam kenyataan tersebut, Dr itu turut memberi tips untuk menggunakan uncang teh selama 10 minit setiap hari. Tujuan rutin itu perlu dilakukan setiap hari kerana uncang teh ini bagus untuk melembabkan kawasan bawah mata.
“Untuk yang ada kedutan dan garisan halus, boleh guna cara ni juga.
Selain itu, cara untuk menggunakan uncang teh ini adalah dengan menyimpan terlebih dahulu uncang tersebut di dalam peti ais sebelum diletakkan pada mata. Take note ya..
Antara langkah selingan lain yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan Vitamin C. Selalunya, kandungan di dalam Vitamin C ni mempunyai retinol yang biasanya berfungsi menghilangkan kedutan dalam masa 7 hari. Wow.
Posting yang dimuatnaik pada 30 Januari itu mendapat perhatian dengan 2500k retweet dan pastinya mendapat maklum balas yang positif dari para warganet. Rata-rata netizen tertarik dengan tips yang diberikan Dr ini. Jom sama-sama kita cuba.