Setiap manusia pasti akan ada kenangan kan. Mahalnya sebuah kenangan ini apabila kita mengimbau semula saat-saat itu terutamanya bila melibatkan zaman kesusahan dahulu.
Lebih sayu apabila teringatkan pergorbanan ibu-bapa kita yang membesarkan, mendidik sehinggalah sekarang. Memang tidak terbalas.
Menerusi sebuah perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad ketika menyambung pengajiannya ke Matrikulasi turut mengundang hiba. Mana tidaknya, sebut sahaja mengenai pengorbanan seorang ibu-bapa, mana-mana hati pun pasti tersentuh.
Nak dijadikan cerita, ketika doktor ini menyambung pengajiannya ke Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), banyak kelengkapan yang belum ada.
“Dulu masa saya di Matriks UKM, tahun 1988, rumah tak ada telefon, Poslaju tak ada, rindu sangat pada mak”
Ujar doktor ini, beliau cemburu apabila melihat kawan-kawannya yang sering dilawat ahli keluarga sedangkan beliau tidak dapat merasa momen tersebut.
“Keluarga menetap di Johor Bahru dan kami bukanlah orang yang senang, abah pula kerja syif..jadi tak mungkin mereka datang ke Kuala Lumpur”
Mengimbau kenangan ketika belajar dari 1988 hingga 1990 itu, ibunya pernah poskan kuih satu balang, tetapi perlu diambil di Pejabat Pos Dayabumi, KL ketika itu.
“Bersusah-payah naik bas dari Cheras sampai ke Pudu, menapak pula ke bangunan Dayabumi, berpeluh tetapi gembira sebab dapat merasa kuih yang mak buat”
Pun begitu, hatinya menjadi sedih kerana balang yang diterima itu sudah hancur separuh ketika dalam perjalanan pos. Fuh hiba jugak tambah-tambah mak sendiri yang buat, auto hilang mood!
Ujar pengamal perubatan am ini, pada awalnya beliau tidak mahu beri kawan-kawannya, tapi atas sebab hormat dan jaga adab, beliau pun berilah sedikit kepada yang lain. Yelah mak kita dari jauh bagi kan..tiba-tiba jadi kedekut sikit. Haha!
“Ada kawan tak habis makan, letak atas meja, tak sedap kot..saya pungut satu-satu sambil menitikkan air mata”
“Sampai hati korang buang kuih yang mak aku buat”
Sebabkan sayang sangat dengan pemberian ibunya, doktor ini sanggup makan baki kuih-kuih yang ditinggalkan. Bukan apa, jadi terkenang susah payah ibunya buat kuih tu, susah abahnya pula untuk pos kan. Fuh memang sedih.
Kerana itulah munculnya rasa tekad untuk doktor ini belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat menyambung pengajian di Fakulti Sains Hayat UKM dan Kolej Perubatn Kastuba di Karnataka, India.
Begitulah kehidupan kan, bila dah berjauhan terasa rindu sangat. Setiap pemberian pun level hargai tu akan jadi tingii sangat! Betapa mahalnya sebuah kenangan kan, itulah yang menjadikan kita yang sekarang.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua untuk terus menghargai orang sekeliling.