Dr Gigi Di India Kongsi Pengalaman Dan Tips Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

COVID-19

Dr Gigi Di India Kongsi Pengalaman Dan Tips Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Umum sedia maklum bahawa hari ini Malaysia telah memulakan program vaksinasi percuma secara besar-besaran untuk memastikan rakyat Malaysia terus dilindungi oleh wabak Covid-19.

Pun begitu, masih ramai masyarakat yang menyangkal keselamatan dan kebaikan vaksin dengan mengatakan vaksin akan memberi kesan buruk. Betul ke?

Advertisement

Kali ini, Amazing Nara nak berkongsi pengalaman seorang Dr di India yang sudah menerima suntikan vaksin baru baru ini. Perkongsian tersebut telah dimuat naik di laman sosial Twitter beliau iaitu Dr Wani.

Ujar beliau, terdapat beberapa vaksin yang harus dikenalpasti terlebih dahulu dan terdapat di seluruh dunia. Selalunya, masyarakat mendengar vaksin yang bernama pfizer yang sudah dibawa ke Malaysia beberapa hari lepas.

Namun, jenis vaksin yang lain juga ialah Covaxin, Covishield, (AstraZeneca), Moderna dan sebagainya.

Sumber : Twitter

Beliau juga ada berkongsi pengalaman beliau ketika pertama kali mengambil vaksin di India.

“Pertama sekali bila sampai vaccination centre,ada nurse yg bantu saya daftar, dia nak tahu saya first time atau second time ambil COVID-19 vaccine. Sbb vaccine ni ada 2 dose. Jarak dgn dose kedua ialah sebulan. Lepas tu kami perlu queue untuk documentation dan consent”

Kemudian, ujar Dr ini, beliau diminta masuk ke bilik vaccination dan nurse akan buat injection dose vaccine di bahagian lengan kiri.

“Perasaan kena inject vaccine ni sama je dengan rasa kena inject masa sekolah dulu. Serious takde beza pun”

Jom kita tengok kesan-kesan setelah divaksin..

“Lagi satu yang common ialah, rasa sakit kat tempat injection. Ini pun biasa juga. Kesemua symptoms ini boleh jadi within sehari ke seminggu lepas vaccinated”

Dr ini turut berkongsi tips setelah divaksin pada hari tersebut.

“Pastikan dapat rehat secukupnya, minum air, mandi dan tidur awal. Make sure badan hasilkan melatonin secukupnya dengan tidur awal (jam 9/10 malam). Kita kena bagi kerjasama dengan badan yang tengah hasilkan antibody yg baru”

Sebelum mengakhiri perkongsian, Dr Wani juga sempat mengatakan bahawa masyarakat tidak perlu takut kerana semua kesan ini hanyalah bersifat sementara.

Okay tak tu? Jom kita spread awareness pasal vaccine ni dan buang rasa skeptikal dengan COVID vaccine. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...