Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dr Erin Dedah Sudah Cerai, Da’i Farhan Kembali Semula Pada Isteri Pertama

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Selepas sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai pasangan Da’i Farhan dan Dr Erin, netizen dikejutkan dengan berita penceraian kedua pasangan sejoli itu.

Bahkan berita yang mendukacitakan itu diakui sendiri oleh Dr Erin menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa permintaan untuk berpisah itu datang daripada kemahuannya sendiri.

Advertisement

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Kerana saya tahu pihak sana juga tak boleh move on.”

Wanita ini yang sedang hamil meluahkan bahawa dia berasa penat dengan sikap Da’i Farhan yang tidak tetap pendirian kerana sekejap mahu rujuk semula dengan bekas isteri dan menceraikannya. Tetapi kemudiannya berjanji untuk pujuk pihak di sana untuk hidup bermadu pula.

“Saya tau ustaz pun serba salah. Kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela. Jadi saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan lagi ustaz dengan saya.”

Advertisement

Dr Erin menegaskan bahawa entri tersebut ditulis oleh dirinya sendiri dan menambah bahawa dia tidak layak untuk berpasangan dengan golongan agamawan.

Wanita itu juga meminta orang ramai agar berhenti mengaitkan lagi dirinya dengan Da’i Farhan dan biarkan lelaki itu meneruskan hidup dengan tenang dan biasa.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Lebih mengejutkan apabila Dr Erin mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah pun kembali semula dengan bekas isteri, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

“Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu.”

Oleh kerana terlalu sayangkan Da’i Farhan, wanita itu sendiri yang telah membawa suaminya berjumpa dengan ibunya dan juga Fatin Nurul Ain bagi memulangkan lelaki itu ke pangkuan keluarganya.

Dr Erin turut mengatakan bahawa dia redha dengan ujian ini dan sanggup mengalah supaya orang kesayangannya tidak lagi susah hati keran berjauhan daripada anak-anak.

Sumber: GEMPAK

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 Comments

  1. Anonymous

    May 6, 2020 at 6:01 pm

    Dia bukan doktor. Jgn tangkap muat je.

  2. Anonymous

    May 6, 2020 at 5:32 pm

    Adakan undang2 khas utk pengguna title palsu ni
    Dah lama beeluasa
    Dato sri
    Tan sri
    Dr
    Prof

  3. Anonymous

    May 6, 2020 at 3:19 pm

    Mengaku nk cerai dengan rela tp still salahkan farhan sbb x tetap pendirian.. Haihlaaaa.. Kalo ikhlas mntak cerai tu xyah citer sbb tu pun xpe

  4. benci doc

    May 6, 2020 at 12:57 pm

    Saya mohon BN tak gunakan gelaran DR pada puan erin ni.
    She’s not a medical doctor nor a PHD holder.
    So please la jangan cemarkan gelaran DR ni

  5. Anonymous

    May 6, 2020 at 12:57 pm

    kenapa masih panggil dia doktor?

Loading...
To Top