Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dr Erin Dedah Sudah Cerai, Da’i Farhan Kembali Semula Pada Isteri Pertama

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Selepas sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai pasangan Da’i Farhan dan Dr Erin, netizen dikejutkan dengan berita penceraian kedua pasangan sejoli itu.

Bahkan berita yang mendukacitakan itu diakui sendiri oleh Dr Erin menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa permintaan untuk berpisah itu datang daripada kemahuannya sendiri.

Advertisement

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

“Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Kerana saya tahu pihak sana juga tak boleh move on.”

Wanita ini yang sedang hamil meluahkan bahawa dia berasa penat dengan sikap Da’i Farhan yang tidak tetap pendirian kerana sekejap mahu rujuk semula dengan bekas isteri dan menceraikannya. Tetapi kemudiannya berjanji untuk pujuk pihak di sana untuk hidup bermadu pula.

“Saya tau ustaz pun serba salah. Kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela. Jadi saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan lagi ustaz dengan saya.”

Advertisement

Dr Erin menegaskan bahawa entri tersebut ditulis oleh dirinya sendiri dan menambah bahawa dia tidak layak untuk berpasangan dengan golongan agamawan.

Wanita itu juga meminta orang ramai agar berhenti mengaitkan lagi dirinya dengan Da’i Farhan dan biarkan lelaki itu meneruskan hidup dengan tenang dan biasa.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Lebih mengejutkan apabila Dr Erin mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah pun kembali semula dengan bekas isteri, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

“Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu.”

Oleh kerana terlalu sayangkan Da’i Farhan, wanita itu sendiri yang telah membawa suaminya berjumpa dengan ibunya dan juga Fatin Nurul Ain bagi memulangkan lelaki itu ke pangkuan keluarganya.

Dr Erin turut mengatakan bahawa dia redha dengan ujian ini dan sanggup mengalah supaya orang kesayangannya tidak lagi susah hati keran berjauhan daripada anak-anak.

Sumber: GEMPAK

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 Comments

  1. Anonymous

    May 17, 2020 at 11:28 pm

    Nyampah aku.. Paan pun satu.. Tak tetap pendirian, kau lelaki, kau buat lah keputusan nk madu ke cerai, ni kau nk ikut syarat org pulak?? Pada aku, ape yg kau buat ni paan, lain tak lain hanya main kn perasaan org je, jngn gitu, kene kat adik atau anak nnt, dan serius aku ckp, kau tak gentleman… Tu je la..

  2. Anonymous

    May 11, 2020 at 6:12 am

    Hidup ibarat roda. Xselamanya kita diatas… Da’i la sgt…mcm lalang…

  3. Whatever

    May 8, 2020 at 1:46 pm

    masa nak kahwin dgn suami org x nak fikir masak2..kononnya boleh mengalah la apa semua. Pas tu bila dh kawen, nk blame bini first pulak. Sape2 pun yg jadi bini first mesti la sedih suami nk Kawin lg apa semua. Yg ko ni nk acah2 mangsa keadaan pulak. Si ljantan pun, gelojoh sgt ikut nafsu. Ingat kawen byk tu senang ke. Dh timbul masalah semua, hujung2 balik cari bini first jugak. Laki mcm ni x patot jd lelaki. buat malu kaum. je. Buat perempuan yg in relationship dgn suami org, bawak2 insaf la. Fikir masa depan. Byk lagi laki lain yg bujang. Cuba letak diri tu as a first wife. Apa perasaan ko, kalua laki ko curang dgn ko and ada org lain? Hidup ni kena la ada common sense. K tu je nk ckp

  4. Anonymous

    May 7, 2020 at 8:32 am

    perampas memang tak kan bahagia lama

  5. Anonymous

    May 6, 2020 at 7:42 pm

    Eh. Ko yg menyondol salahkan sebalah pula jadi mangsa sondol.
    Apa la

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top