May 6th, 2020

Sebelum ini, kita disogok dengan informasi mengatakan bahawa Da’i Farhan dan Dr Erin mula bertaut hati di Mekah dan mengambil keputusan untuk berkahwin di sana. Walaubagaimanapun, lain pula cerita yang disampaikan oleh wanita ini dalam satu entri panjang di laman Instagram.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Menurutnya, Farhan sudah pun mendapat kebenaran daripada isterinya pada ketika itu iaitu Fatin Nurul Ain untuk menikahinya sebelum mereka bertolak ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah pada Oktober tahun lepas.

“Saya menerima pinangan Ustaz kerana saya diberitahu bahawa sudah dapat persetujuan dari isterinya. Demi Allah kami tidak pernah berniat utk menyembunyikan pernikahan kami.”

Farhan dikatakan telah menghantar borang permohonan poligami pada 10 Oktober dan sentiasa berulang alik ke Kedah untuk berjumpa ayah Dr Erin bagi menyiapkan segala yang diperlukan untuk mengisi borang pernikahan.

Wanita tersebut membuat keputusan untuk menyertai rombongan Farhan ke Mekah pada 13 Oktober meskipun terpaksa membayar pakej VVIP bilik seorang. Sejurus tiba di sana, bekas suaminya mencadangkan bahawa mereka terus sahaja menikah dan disetujui oleh Dr Erin.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Walaubagaimanapun, bahagia tak kekal lama apabila selepas dua bulan mereka mendirikan rumah tangga, hubungan suami dan isteri pertamanya mula berantakan.

“Selama 2 bulan hidup kami sangat harmoni. Ustaz akan tidur bergilir-gilir rumah saya dan rumah madu selang sehari. Saya ingat semuanya okey dan aman damai.”

Selepas kisah perkahwinan mereka mula tular, ramai pihak yang mula mengeluarkan pendapat sampaikan ada yang merencana komplot bagi melihat dia berpisah dengan Farhan.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Dedahnya lagi, mereka terkejut apabila mendapat tahu bahawa dalang yang menyebarkan kisah perkahwinan mereka adalah rakan baik Fatin sendiri dan membuatkan hubungan mereka bertiga mula terjejas.

“Saya nak bagitahu, walaupun selepas kisah kami viral Ustaz tetap tak ada terfikir untuk bercerai dengan madu saya. Walaupun dihina dimaki kami cuba sabar tapi kami hanya manusia biasa.”

Wanita ini juga mengakui bahawa mereka berasa marah dengan tindakan beberapa individu yang cuba menggali segala aib bagi tujuan memburukkannya kepada semua orang.

Komplot jahat ini terbongkar apabila Farhan merampas telefon bimbit madu saya sendiri dan mendapati banyak mesej perbualan mengenai perkara ini.

“Berlaku campur tangan orang luar yang menghasut lebih-lebih, mentua Ustaz sendiri yang memaksa untuk menceraikan anak mereka.”

bekas isteri tak restui perkahiwnan kedua

Selepas pendedahan mengejutkan Dr Erin ini, isteri pertama Farhan iaitu Fatin lebih senang mendiamkan diri dan hanya memuat naik satu petikan dan doa untuk memaafkan individu lain yang memfitnahnya.

Sumber: GEMPAK


22 responses to “Dr Erin Dedah Rancang Nikah Dengan Da’i Farhan Sebelum Ke Mekah Lagi, Dapat Persetujuan Isteri Pertama”

  1. putaq says:

    Hrtu ckp dpt alamat mimpi, tu yg kena kahwin, skrg ckp lain plak.

  2. Anonymous says:

    Kat situ kite da thu dia ni cm ne.. Pastu masih lagi nak buruk2kan bekas mdu dia.. Kalo thu rupanya yg sane tk restu.. Tk pyh la bru skrmg nk berkorban cerai.. Patut dri awal mse thu ex madu tak restu tu mintk cerai.. Pastu tk de la nk bio je laki tu cerai kan ex madu sbb kan kau.. Kt situ da thu dia ni cm ne..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...