May 16th, 2020

Walaupun sudah banyak pekung pasangan Da’i Farhan dan Dr Erin yang terbongkar, masih banyak lagi cerita yang tidak habis mengenai kemelut bekas suami isteri ini.

Terbaru, Erin telah berkongsi beberapa tangkapan skrin mesejnya bersama Da’i Farhan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di antara mereka selepas menerima tohmahan daripada orang ramai.

Jelas wanita itu, dia jujur meminta perpisahan daripada suaminya kerana meletakkan kebahagiaan lelaki itu sebagai yang paling utama. Erin meluahkan bahawa dia hanya akan berasa gembira sekiranya orang yang dia sayang gembira.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Dia juga berharap dengan perkongsian ini, orang ramai yang melemparkan cacian kepadanya menyedari perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya termasuklah dengan isteri pertama.

Menurutnya, Da’i Farhan telah pulang semula kepadanya selepas pergi menjenguk anak-anaknya di kampung bekas isteri, Fatin Nurul Ain. Sedar bahawa suaminya sering mengalami pelbagai masalah seperti isu anak dan cerai, Erin menggagahkan diri ke Terengganu untuk menyerahkan semula lelaki itu ke pangkuan keluarga bekas isteri.

dr erin da'i farhan

“Kalau pihak sana kata fitnah makna bukan saya lah yang fitnah sebab saya cakap apa yang saya dengar sahaja.”

Wanita itu juga tidak sampai hati melihat suaminya yang sering sugul kerana memikirkan anak-anak yang jauh daripada pandangan mata lantas membuat keputusan untuk menyatukan semula mereka anak-beranak dengan mengembalikan semula Da’i Farhan.

“Saya juga tak sanggup tengok anak-anak ustaz jauh dari ayah mereka sebab saya sayang anak-anak tu macam darah daging saya sendiri.”

dr erin da'i farhan

Malahan, Erin adalah figura penting dalam menyatukan semula lelaki itu dengan Fatin Nurul Ain malah berjanji untuk memujuk bekas isteri suaminya itu.

Walaupun sudah berpisah, Da’i Farhan kerap berhubung dengan bekas isteri sama ada menerusi aplikasi mesej atau pun panggilan video atas tiket anak-anak. Sedar bahawa Fatin belum ‘move on’ lagi, Erin sendiri membuat keputusan untuk berpisah dengan pendakwah tersebut.

dr erin da'i farhan

dr erin da'i farhan

Di akhir perkongsiannya, Erin meminta orang ramai agar tidak meletakkan kesalahan kepada Da’i Farhan atau pun mana-mana pihak kerana menganggap bahawa itu adalah ujian bagi mereka.

dr erin da'i farhan

Wanita itu menjelaskan bahawa dia sedar bahawa seorang suami hanyalah pinjaman sahaja dan dia boleh diambil pada bila-bila masa sahaja oleh Allah SWT.

Sumber: Oh Bulan


20 responses to “Dr Erin Dedah Pergi Jumpa Sendiri Bekas Isteri Untuk Serahkan Kembali Da’i Farhan”

  1. Anonymous says:

    janda psycho. acah2 baik dgn harapan farhan merayu nak get back ke? lol ko ingat percintaan ko ni zaman citer sembilu ke meleret2 bagai

  2. Anonymous says:

    perampas yg laki pn sama miang nk bermadu tp x bole adil mcm mn…

  3. RIZMAR says:

    Selalu suami yg hantar ex wife balik ke pangkuan keluarga..ni terbalik plak… nampak sgt sape yg dominan

  4. Jamil says:

    Tak payah lah nak kecoh2. Kalau dah tak ada jodoh terima je lah. Tak payah nok tunjuk baik konon.

  5. Rose says:

    Dah kebas laki org sampai cerai berai. Skrg dah kena cerai byk ler kelentong.. Sudah ler pompuan janda anak 8..muhasabah diri. ALLAH byr cash

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...