May 16th, 2020

Walaupun sudah banyak pekung pasangan Da’i Farhan dan Dr Erin yang terbongkar, masih banyak lagi cerita yang tidak habis mengenai kemelut bekas suami isteri ini.

Terbaru, Erin telah berkongsi beberapa tangkapan skrin mesejnya bersama Da’i Farhan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku di antara mereka selepas menerima tohmahan daripada orang ramai.

Jelas wanita itu, dia jujur meminta perpisahan daripada suaminya kerana meletakkan kebahagiaan lelaki itu sebagai yang paling utama. Erin meluahkan bahawa dia hanya akan berasa gembira sekiranya orang yang dia sayang gembira.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Dia juga berharap dengan perkongsian ini, orang ramai yang melemparkan cacian kepadanya menyedari perkara sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya termasuklah dengan isteri pertama.

Menurutnya, Da’i Farhan telah pulang semula kepadanya selepas pergi menjenguk anak-anaknya di kampung bekas isteri, Fatin Nurul Ain. Sedar bahawa suaminya sering mengalami pelbagai masalah seperti isu anak dan cerai, Erin menggagahkan diri ke Terengganu untuk menyerahkan semula lelaki itu ke pangkuan keluarga bekas isteri.

dr erin da'i farhan

“Kalau pihak sana kata fitnah makna bukan saya lah yang fitnah sebab saya cakap apa yang saya dengar sahaja.”

Wanita itu juga tidak sampai hati melihat suaminya yang sering sugul kerana memikirkan anak-anak yang jauh daripada pandangan mata lantas membuat keputusan untuk menyatukan semula mereka anak-beranak dengan mengembalikan semula Da’i Farhan.

“Saya juga tak sanggup tengok anak-anak ustaz jauh dari ayah mereka sebab saya sayang anak-anak tu macam darah daging saya sendiri.”

dr erin da'i farhan

Malahan, Erin adalah figura penting dalam menyatukan semula lelaki itu dengan Fatin Nurul Ain malah berjanji untuk memujuk bekas isteri suaminya itu.

Walaupun sudah berpisah, Da’i Farhan kerap berhubung dengan bekas isteri sama ada menerusi aplikasi mesej atau pun panggilan video atas tiket anak-anak. Sedar bahawa Fatin belum ‘move on’ lagi, Erin sendiri membuat keputusan untuk berpisah dengan pendakwah tersebut.

dr erin da'i farhan

dr erin da'i farhan

Di akhir perkongsiannya, Erin meminta orang ramai agar tidak meletakkan kesalahan kepada Da’i Farhan atau pun mana-mana pihak kerana menganggap bahawa itu adalah ujian bagi mereka.

dr erin da'i farhan

Wanita itu menjelaskan bahawa dia sedar bahawa seorang suami hanyalah pinjaman sahaja dan dia boleh diambil pada bila-bila masa sahaja oleh Allah SWT.

Sumber: Oh Bulan


20 responses to “Dr Erin Dedah Pergi Jumpa Sendiri Bekas Isteri Untuk Serahkan Kembali Da’i Farhan”

  1. Papo jela says:

    Play victim… Lepas tu bukak segala jadah. Ckp dh xnk ada pape. Tp ko dh bukakcite mcm xe penghujung.. dh kenapa

  2. Anonymous says:

    woi irsa pompuan ni bukan dr. duk tulis dr2. celah mana dr xth

  3. Anonymous says:

    Rekaan sdri agaknya msg msg wsap tu..dah rasa nk kena tanggung beban tu..tu yg nk lari..dunia …dunia..

  4. Anonymous says:

    Dia ja duk bercerita..meluat dah dengar..banyak membohong ja dia ni..dari belum kahwin duk bohong org..

  5. Anonymous says:

    Malas nak komen panjang.. Cuba nak bgth SERABUT dgn cite pompuan Erin ni…

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...