Teka- teki mengenai pergolakan rumah tangga Lufya Omar akhirnya terjawab apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz mengesahkan sudah menceraikan isterinya itu minggu lalu.
Menurut Dr Che Hafiz, dia melafazkan talak menerusi WhatsApp selepas semua usaha dan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut mereka tidak berjaya. Dia hanya memenuhi permintaan Lufya untuk berpisah.
Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga.
Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat.
Namun, Dr Che Hafiz enggan mendedahkan punca perceraiannya dan berharap kes mereka ini dapat diselesaikan dengan baik. Pada masa yang sama, dengan penjelasan ini, dia mengharap netizen tidak mencetuskan pelbagai spekulasi lagi.
Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga. Namun, saya mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi.
Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan.
Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

yun
September 18, 2019 at 8:20 am
Tak ade adab langsung…dah ambil cara baik, lepaskan lah dengan cara yang baik…whatsapp je? emmm…
abang yang cerdik
September 17, 2019 at 11:08 pm
Kelantan lagi weyy. Orang kelantan memabg pelik2 ke? lepas satu satu, pompuan ngan cara pompuan nye, laki macam ni plak dayus. Macam mane la orang tak hina kutuk kaum kelantan kalau tak sebab engkorang yang calit tahik dimuka sendiri
Stil single
September 17, 2019 at 10:51 pm
Kalau dah habis jodoh, tak kira asal negeri mana, xkira bangsa..xyah nak membawang jantan kelantan xguna..bangsa melayu suka kawin cerai..negeri mana ke..bangsa ape ke..kalau dah xde keserasian..cerailah jalan terakhirnya wey..
Capri
September 17, 2019 at 9:01 pm
What an asshole
tomi
September 17, 2019 at 4:19 pm
Adab mana adab? Masa nak kawin elok-elok duduk berbincang, pinang elok-elok, sanding pakai cantik tapi bila dah tak nak cerai dlm wassApp je.