July 14th, 2020

Mengesahkan rumah tangga mereka sudah berakhir selepas bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun lalu, Dr Che Hafiz berharap agar tiada lagi mana-mana pihak yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi Lufya Omar selepas ini memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

lufya omar sah bercerai

Bekas suami kepada Lufya ini juga sempat menyatakan, beliau bertindak mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu timbul salah faham mana-mana phak.

“Saya beritahu perkara ini sebab taknak ada timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku prasangka buruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami.”

lufya omar sah bercerai

Meskipun begitu, Dr Che Hafiz khabarnya akan tetap berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan sebaik mungkin.

“Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin. Siapa tak sayang anak kan. Itu darah daging saya. Saya berharap ia tidak dihalang oleh Lufya.”

lufya omar sah bercerai

Terdahulu, Lufya dikatakan bertindak memuat naik posting berkenaan isu seorang suami tidak menjalankan tanggungjawab terhadap anak di Instagram miliknya. Disebabkan kejadian itu, tidak mahu mendiamkan diri, Dr Che Hafiz memilih untuk mendedahkan perkara sebenar buat tatapan umum.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...