Dr Asyraf Wajdi Tegas Banteras Gejala Buli, Tak Peduli Tentang Peruntukan – “Nyawa Tergadai, Mangsa Terseksa Mental”

Berita

Dr Asyraf Wajdi Tegas Banteras Gejala Buli, Tak Peduli Tentang Peruntukan – “Nyawa Tergadai, Mangsa Terseksa Mental”

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi menegaskan, tiada sebarang alasan yang akan dapat menghalangnya melaksanakan inisiatif mengurangkan gejala buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Kata Dr Asyraf, pihaknya komited dalam mencari pelbagai cara bagi merealisasikan inisiatif itu meskipun ia melibatkan isu peruntukan.\

Advertisement

Datuk Dr Asyraf Wajdi

Tegasnya, hal peruntukan boleh sahaja dicari kerana kes kematian disebabkan kejadian buli itu adalah lebih penting untuk beliau dan pihaknya banteras.

Nyawa yang tergadai, orang yang terseksa mentalnya bila kena buli. Walaupun dia (mangsa buli) akan jalani kehidupan di luar, tetapi mangsa ini akan ingat sampai bila-bila. Ini benda yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dan mungkin dia pula akan jadi pelaku.

Beliau juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya ia membabitkan isu gejala buli di asrama MRSM.

Sampai bila kita nak membiarkan isu ini, mungkin ada sesetengah pihak dia kata biarkanlah ia cuma sikit, atau itu cara nak mematangkan. Tapi itulah menyebabkan kita membenarkan perlakuan yang akhirnya sampai ke peringkat ekstrem dan kematian.

MRSM

Ujarnya lagi, kes kematian Allahyarham Zara Qairina merupakan pencetus kepada hal berkenaan namun hakikatnya sudah banyak kematian yang dilaporkan berlaku akibat buli.

Kita kena tunjukan ketegasan. Jika awak sentuh, awak akan dikenakan tindakan. Bukan sahaja kepada pelajar, tetapi guru atau pengetua yang cuba menyorok isu buli ini juga akan dikenakan tindakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu bapa pelajar dibuang MRSM mahu saman Asyraf Wajdi
2025-08-09 17:25:39

Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Kerana Kes Buli Mahu Saman, Dr Asyraf Wajdi Respon - "Bring It On"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...