Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional dan Amerika Syarikat (AS) Dr. Anthony Fauci memberi amaran bahawa vaksin coronavirus mungkin akan membuatkan keadaan pesakit COVID-19 lebih buruk. Beliau yang sebelum ini diiktiraf sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia memerangi wabak itu memberikan amaran tersebut di dalam sidang Senat AS semalam.
Baca: Vaksin COVID-19 Keluaran Bill Gates Mungkin Akan Siap Sepenuhnya Dalam Masa 12 Bulan Ini
“Saya perlu memberi amaran bahawa ada juga kemungkinan negatif, yang mana vaksin tertentu sebenarnya dapat meningkatkan kesan negatif daripada jangkitan itu.”
Jelasnya, jika individu yang ‘negatif’ diberikan vaksin, namun dalam masa yang sama mempunyai penyakit lain, mereka mungkin akhirnya boleh dijangkiti virus lain. Bukan itu sahaja, malah vaksin ini boleh menyebabkan tahap kesihatan seseorang menjadi lebih teruk.
Bagaimanapun, kejadian seperti itu mungkin jarang berlaku dan hanya boleh terjadi jika seseorang individu pernah menerima lebih daripada dua vaksin sebelumnya. Perkara ini telah menjelaskan kepada umum mengenai persoalan utama yang dihadapi para penyelidik ketika ini.
“Keberkesanan atau ketiadaan yang akan menjadi keutamaan, dan berapa lama ia akan bertahan?”
Namun, beliau percaya ‘vaksin yang berjaya adalah mengenai keberkesanannya dan kemampuan untuk memberikan hasil yang diinginkan’. Para penyelidik kini sedang berusaha menghasilkan vaksin yang tepat dan tidak meninggalkan kesan buruk kepada orang ramai.
Hampir 1.4 juta kes positif dengan lebih 81,000 kematian disebabkan COVID-19 dicatatkan setakat ini. Kini AS dikatakan yakin bahawa mereka sempat untuk membuat persiapan menghadapi ancaman gelombang kedua COVID-19 yang dijangka akan berlaku pada musim sejuk akan datang.