Dr Amani Wanita Pertama Malaysia Lancar Satelit NASA

Kehidupan

Dr Amani Wanita Pertama Malaysia Lancar Satelit NASA

Mungkin ramai diantara kita yang tidak mengenali beliau, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang mengetuai 28 ahli sains, juruteknologi dan jurutera dalam satu program astrobiologi pertama NASA digelar “SporeSet”.

Pada April 2014, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim membuktikan semangat ‘Malaysia Boleh’ apabila menjadi rakyat Malaysia pertama melancarkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) ke angkasa lepas.

Advertisement

wanita Malaysia pertama

Bukan calang-calang orang boleh dapat penghormatan sebegini. Ketika usianya 36 tahun, beliau juga telah mengetuai projek nanosatelit NASA. Salah satu projek NASA untuk sampai ke planet Marikh.

Pada waktu itu, Dr Amani masih bekerja sebagai saintis di Purdue University, West Lafayette, Indiana. Wanita ini diberi tugas mereka bentuk dan membina nanosatelit biopenderia untuk melakukan kajian mengenai kesan graviti terhadap tumbuh-tumbuhan.

Dr Amani

Advertisement

Program berkenaan membuat kajian secara terperinci untuk menguji bagaimana sel hidup akan bertindak balas kepada kekurangan graviti.

Projek ini akhirnya dilancarkan sebagai nanosatellite bersama sebuah roket SpaceX sebagai sebahagian perjalanan NASA, misi ke Marikh.

Menurut wanita kelahiran Pulau Pinang ini, beliau mula berkerja di situ sebagai pencuci kaca slaid dan penutup mikroskop secara sukarela di makmal.

wanita kelahiran Pulau Pinang

Kerana saya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka mula mengambil saya sebagai pekerja dan diberi peluang keemasan berkenaan.

 


Namun setelah 5 tahun bersama NASA, Dr Amani yang kini berusia 41 tahun kembali ke tanah air pada hujung tahun 2014 untuk membina mesin ringkas bagi disumbangkan kembali kepada komuniti.Kini beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Perkongsian kisah wanita ini boleh dijadikan sebagai inspirasi buat semua rakyat Malaysia terutama wanita. Beliau adalah contoh tokoh yang perlu kita angkat untuk diambil inspirasi dalam hidup kita.

 

 

Advertisement

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...