Dr. Afif Pertahan Baby Shima Isu Lirik Lagu Lucah, Tegur Pendekatan Public Health Malaysia – “Jangan Terus Menghukum”

Kehidupan

Dr. Afif Pertahan Baby Shima Isu Lirik Lagu Lucah, Tegur Pendekatan Public Health Malaysia – “Jangan Terus Menghukum”

Pempengaruh kesihatan dan doktor perubatan, Dr. Afif Mohd. Ridzwan, tampil mempertahankan penyanyi Baby Shima susulan kenyataan dikeluarkan oleh laman Facebook berkaitan kesihatan, Public Health Malaysia (PHM), berhubung lirik lagu Masuk Lagi yang didakwa membawa maksud ‘double meaning’.

Menurut Dr. Afif, meskipun beliau menghormati peranan PHM sebagai platform pendidikan kesihatan awam, pendekatan yang digunakan dalam isu berkenaan disifatkan sebagai tidak seimbang dan berpotensi menjejaskan reputasi individu tanpa penilaian yang adil.

Advertisement

“Ini pendapat saya secara peribadi sebagai seorang doktor. Dalam masa yang sama, saya amat menghormati peranan PHM yang saya kira sangat bagus.”

“Cuma dalam isu ini, saya berpendapat kesihatan awam memang melibatkan aspek psikososial dan moral masyarakat. Namun, pendidikan tidak boleh disampaikan dengan cara yang terus menghukum, apatah lagi apabila hanya satu sudut tafsiran diketengahkan,” katanya.

Dr. Afif turut menegaskan bahawa menilai sesebuah karya seni hanya berdasarkan tafsiran tersirat tanpa mengambil kira konteks penuh, niat komposer serta penjelasan artis adalah tidak adil.

phm dr afif

“Dalam kes Baby Shima, penilaian dibuat seolah-olah maksud tersirat itu sudah pasti bersifat seksual, sedangkan artis sendiri pernah menjelaskan mesej sebenar lagu tersebut berkaitan wanita yang menunggu kekasih masuk meminang. Kenapa penjelasan ini langsung tidak diambil kira?” soalnya.

Beliau juga mengingatkan bahawa tafsiran seni bersifat subjektif dan tidak wajar dijadikan asas untuk melabel sesuatu karya sebagai menjijikkan.

Terdahulu, PHM menerusi hantaran di Facebook mengeluarkan kenyataan mengenai lirik lagu Masuk Lagi nyanyian Baby Shima yang didakwa mempunyai unsur makna berbaur lucah, sekali gus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-08 09:51:31

Chazy Nash Tarik Balik Mutaah Gara-Gara Bekas Isteri Nak Tuntut Harta Sepencarian - "Duit Saya Bagi Tu Nak Sapu, Tamak Betul"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...