“Dosa Dengan Manusia Tak Selesai Sekalipun Mati Syahid” – Amira Othman Tampil Beri Teguran, Minta Segelintir Netizen ‘Bertenang’

Hiburan

“Dosa Dengan Manusia Tak Selesai Sekalipun Mati Syahid” – Amira Othman Tampil Beri Teguran, Minta Segelintir Netizen ‘Bertenang’

Boleh dikatakan, selepas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman berkongsikan tarikh pernikahan mereka, pelbagai reaksi daripada warganet dilontarkan serta ditulis di platform media sosial.

Amira tampil menegur sesetengah netizen

Dapat dilihat melalui klip potongan video yang memaparkan penyanyi terbabit, Amira tampil menegur segelintir netizen yang menulis hantaran di media sosial tanpa memikir perasaan orang lain.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman juga memohon doa daripada orang ramai agar urusan membina masjid dipermudahkan.

Tenang ya semua. Cakap dan buat benda baik-baik. Tak rugi pun. Kita tak boleh buat jahat dekat orang tau. Dosa dengan manusia tidak selesai sekalipun mati syahid.

Ramai berasa sebak dengan berita pernikahannya

Di samping itu, penyanyi tersebut turut memberitahu ramai yang berasa gembira dengan berita pernikahannya sehingga gagal untuk menahan rasa sebak.

Tadi saya pergi event, ramai yang ucap tahniah pastu mereka nangis. Saya tak boleh tengok orang menangis, saya sedih.

Sebelum ini, Fattah Amin dan Amira Othman memaklumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga bersama pada 14 September, Ahad ini di Johor.

pengurus fattah amin
2025-09-12 12:49:27

"Mereka Lebih Memilih Untuk Bercinta Selepas Kahwin, Amira Pilih Tarikh 14 September Sebagai Hadiah Untuk Fattah" - Pengurus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...