June 16th, 2015

Aktres Nabila Huda cukup terkenal dengan sifat tidak hipokrit,meluahkan apa sahaja pendapat beliau tanpa menghiraukan kritikan orang ramai dan sering tampil dengan imej seksi. Meskipun beberapa kali beliau dihimpit kontroversi dan menjadi bahan cacian ramai, Nabila bagaimanapun masih lagi selesa dengan imejnya itu dan hanya ingin menjadi dirinya sendiri.

Baru-baru ini, Nabila telah memuat naik sebuah foto di kelab malam bersama rakan-rakan lelaki beliau telah menjadi isu yang agak besar dan membuatkan pengikut di akaun Instagram beliau bergaduh. Puncanya apabila rakan aktres tersebut memegang air arak yang haram untuk umat Islam.

Meskipun tidak dilihat memegang ataupun meminum air haram tersebut, ada segelitir “haters” yang menuduh Nabila sehingga ada yang menggelar beliau sebagai GRO. Namun, komen mereka telah dipadam dan Nabila telah tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Pada kami kalau tidak suka dengan cara artis itu senang cerita tak perlu follow mereka di Instagram. Setakat guna fake account dan bash orang nampak sangat anda tu yang penakut sebenarnya. Banyak masa keyboard warrior ni mencari kesalahan orang.

 


Comments are closed.

Loading...