“Dosa Besar Bila Buka Aib Suami, Jangan Buat!”, Ini Tips Jika Nak Suami “Ikut” Cakap Isteri..

Trending

“Dosa Besar Bila Buka Aib Suami, Jangan Buat!”, Ini Tips Jika Nak Suami “Ikut” Cakap Isteri..

Lumrah pasangan yang berkahwin pasti ada pasang dan surut. Oleh sebab itu setiap pasangan perlulah bertolak ansur dan saling bertoleransi. Baru lah rumah tangga aman damai dan tenteram.

Advertisement

Jom baca perkongsian wanita ini mengenai tips nak menjadikan suami ‘ikut cakap isteri’. Nampak simple, tapi penting!

Jangan buka aib suami, dosa besar

Bagaimana menjadikan suami anda “mengikut cakap isteri”

Percaya tidak, di setiap perubahan suami adalah tanggunjawab isteri, secara jujur. Sebagai isteri pengorbanan yang dilakukan juga mestilah sama level macam mana suami buat.

Kakfel tengok ramai isteri sekarang suka sangat sangat keras kepala dan ego, (kakfel dulu macam tu), mereka selalu lupa yang tempat isteri masih di bawah suami. Bagaimana nak membentuk suami menjadi baik adalah dengan menjadi isteri yang baik.

Kakfel selalu tanam dalam diri, aku nak dia perfect tapi adakah aku dah cukup perfect, lumrahlah bila tergigit lidah. Lumrah juga ter merajuk sakan.

Perkara utama, jangan buka aib suami, jangan layan rasa sakit hati. Itu DOSA BESAR. Kadang kita nampak remeh, tapi sebenarnya dosa itu mebawa masalah dalam rumahtangga.

Bila gaduh tegur secara baik, buat kopi & bincang

Susah nak cakap, bila gaduh perasaan mesti stress tambah-tambah kalau suami ada buat kita marah kan. Kalau cara kakfel, kakfel tegur secara baik, tunggu dia balik kerja, buat kopi dan bincang. Kalau tak boleh jugak kakfel cuba mesej. Dan kalau susah jugak kakfel guna kasih sayang, means kakfel akan buat baik terlajak dengan dia, sampai dia kesian untuk nak buat yang tak baik untuk kakfel.

Macam kakfel pun, selalu tanya dia, “B u perasan tak perubahan I sepanjang kahwin? Supaya kakfel selalu tahu suami sedar dan lihat kita berusaha kepada yang lebih baik. ”

Rasa keras kepala, penting diri, rasa diri betul semua tolak tepi. Malam malam buang jauh jauh ego, mintak maaf untuk apa sahaja yang kita buat sedar atau tak.

Balik ke jalan Allah, doa

So pengakhiran adalah sebenarnya yang utama, iaitu DOA SEORANG ISTERI. Jika kita lupa bagaimana nak menjadi yang solehah, kita balik ke jalan Allah. Sampai mati sekalipun suami tetap di atas dan kita hanya di bawah. Bukan menjadi hamba. Tapi menjadi bidadari suami hingga ke syurga.#tipsfelinnanadea

Terima kasih suami yg banyak bimbing kakfel, kami kuat kerana kami ada satu sama lain. Semoga Allah pelihara hubungan ini dan panjangkan umur kami suami isteri.

Kredit : Felinna Nadea Ed Fattah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.