Selepas memuat naik foto ‘throwback’ anak-anaknya bersama Aidil Zafuan di akaun Instagramnya, pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik beberapa status berbaur sindiran yang agak tajam terhadap seseorang.
Antara kenyataan Rita yang agak mendalam dan sedikit ‘pedas’ ialah berkaitan wanita yang megambil suami orang. Kata Rita hidup wanita itu tidak akan tenang.
Tidak menyatakan siapakah individu tersebut, namun rata-rata netizen mempercayai ia ditujukan buat isteri kepada bekas suaminya.
Ramai yang menyokong kenyataan Rita itu berkaitan dengan wanita perampas suami orang lain. Walaubagaimanapun, ada sesetengah netizen berpendapat Rita tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan meskipun menghadapi masalah dengan pihak berkenaan.
Mungkin apa yang Rita luahkan itu hanya secara umum sahaja dan berkongsi pendapat serta luahan tentang kehidupan ini. Fikir positif.