Setelah lama berdiam diri selepas isu foto separuh bogel beliau tersebar di Internet, kini Tasha Shilla sudah kembali namun beliau masih tidak lekang dengan kontroversi.
Jika sebelum ini beliau di kritik kerana berpakaian seksi ketika bertemu dengan Jay Park, kali ini beliau sekali lagi dikecam kerana tampil agak daring di muka hadapan majalah Cosmopolitan  edisi September dengan pakaian yang agak jarang sehingga menampakkan bra.
Mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Instagram, Tasha bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak harus menilai sesuatu hanya daripada luaran sahaja. Apa yang penting adalah hati serta keperibadian  seseorang itu.
Dont judge a book by its cover. (Jangan menilai sesebuah buku itu melalui muka depannya) Yang penting hati. What’s inside that counts. (Apa didalam itu diambil kira).
Saya berharap orang ramai bersikap lebih terbuka tentang perkara itu. Jangan lupa dapatkan majalah itu ya.
Tasha juga meminta pengikut-pengikut beliau di Instagram untuk tidak meninggalkan sebarang komen jika mereka hanya ingin berbicara sesuatu yang negatif.
Kita boleh menasihati seseorang itu untuk berubah tetapi bergantung kepada individu itu sendiri jika mereka mahu ke arah yang lebih baik atau tidak. Mungkin juga ini cara Tasha Shilla untuk buat “comebackâ€, pakai seksi baru lah meletop! Dapat perhatian ramai gitu..