Pelakon sado lagi hensem Zul Ariffin mula meniti kemasyhuran setelah berlakon dalam drama slot Akasia, Rindu Awak 200%.Namun cerita mengenai sikap aktor itu yang tidak mesra peminat bukan cerita baru. Sebelum ini, Zul pernah menolak untuk bergambar dengan peminat ketika baru tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur dari percutian keluarga.
Peristiwa itu diviralkan peminat tersebut yang mendakwa menyesal meminati Zul Ariffin. Bagaimanapun, terdapat satu luahan terbaru di Facebook oleh Olenz Aziz mengenai sikap Zul sewaktu diajak bergambar oleh staf sebuah restoran di Tuaran.
Ada satu kejadian di restoran kami kelmarin di Tamparuli.
Ada seorang artis ini yang dikenali sebagai Zul Ariffin. orangnya sasa, tinggi lampai, memang hensem. Serious, saya jarang puji lelaki.
Tapi malangnya, attitude dia sebagai seorang artis buat warga Tamparuli menyampah apabila staf-staf saya ingin bergambar, dan dia minta respect sebab dia tengah makan.
Okay, tak apa, staff saya pun tunggu dia habis makan bersama krew-krew mereka. Selesai makan, staf kami pun terus meminta izin untuk bergambar dengan artis tersebut.
Malangnya, dia jawab ” plizz respect , saya tidak selesa, ” wow!
Baiklah. Makanan dia siap mereka bagi Free of Charge lagi (dengan persetujuan kami) tapi tak apalah, saya halal kan.
Harap-harap kawan-kawan aku kalau ada yang jadi artis lepas ini, PLEASE BE HUMBLE. DON’T ACT LIKE A DIVA! Don’t be like Zul Ariffin.
Status Olenz mendapat pelbagai reaksi dari Netizen. Ada yang menyokong Olenz dan mendakwa Zul memang sukar diajak bergambar.
Seorang Netizen mendakwa sikap Zul juga diketahui di kalangan krew produksi dan pelakon tambahan.
Seseorang yang dikatakan ‘membawa’ Zul ke restoran tersebut bagaimanapun membidas kenyataan Olenz, tetapi dibalas pula oleh Netizen lain.
Manakala seorang Netizen lain mendakwa staf tidak begitu teringin bergambar dengan Zul tetapi disuruh oleh majikannya, dan status yang dimuat naik oleh Olenz ialah palsu. Olenz membalas bahawa dia sendiri mengajak Zul selfie teteapi ditolak oleh aktor tersebut. Olenz juga berkata akan melawan sekiranya disaman oleh Zul.
Setakat ini status Olenz mendapat lebih 1,300 likes dan lebih 500 shares.
Pada pendapat penulis yang tidak berminat bergambar bersama artis, kita sebagai rakyat biasa tidak perlu menunjukkan kesungguhan untuk bergambar dengan mereka. Mereka hanya pelakon atau penyanyi, tidak ada apa-apa yang membuat mereka istimewa berbanding doktor, peguam, majistret, penjawat awam dan sebagainya sehinggakan penulis ingin bergambar dengan mereka.
Bagaimanapun, apabila orang belanja kita makan, mungkin kita patut menggunakan budi bicara sedikit dengan mengambil hati mereka. Sekadar bergambar, bukan suruh basuh pinggan pun, iya tak? Apa pendapat anda? -amazingnara.com
Sumber: Olenz Aziz