Donald Trump Ugut Mahu Sekat Dana WHO Kerana Terlalu ‘Lebihkan’ China

COVID-19

Donald Trump Ugut Mahu Sekat Dana WHO Kerana Terlalu ‘Lebihkan’ China

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tidak berpuas hati dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikatakan terlalu melebihkan China dalam soal pandemik yang sedang melanda dunia kini. Menurutnya, Amerika Syarikat merupakan penyumbang dana terbesar tetapi mengapa WHO terlalu memfokuskan kepada China.

Berdasarkan kenyataannya semalam, dia memberitahu Amerika Syarikat mahu menyekat dana tersebut tetapi tidak memaklumkan berapa banyak yang akan disekat. Namun selepas ditanya adakah langkah itu wajar diambil memandangkan dunia sedang menghadapi kecemasan akibat pandemik ini, dia menafikan akan melakukannya.

Advertisement

“Saya tak cakap akan buat (sekat dana) tapi kami akan lihat dan siasat semula pada isu ini.” 

Selain daripada isu dana, Trump turut bertanya mengapa WHO memberikan saranan yang salah ketika merujuk kepada nasihat PBB untuk mengurangkan perjalanan antarabangsa untuk menghentikan virus yang mula merebak dari China. Dia turut mempertikaikan tindakan WHO yang meminta sempadan negara kekal dibuka kepada China.

“Mujur saya menolak nasihat mereka untuk membuka sempadan kita kepada China.”

china covid-19

Pada 31 Januari yang lalu, wakil daripada WHO menasihatkan negara-negara lain untuk kekal membuka sempadan negara walaupun COVID-19 telah tersebar. Pada hari yang sama juga, pengurusan Donald Trump memberitahu larangan kemasukan pelancong daripada China di Amerika Syarikat.

Walaupun larangan yang dikeluarkan Trump itu bertentangan daripada saranan WHO, namun arahan itu tidak dilaksanakan dengan sebaiknya. Ada laporan yang mendedahkan 430,000 penumpang penerbangan daripada China selamat memasuki Amerika Syarikat selepas larangan itu berkuatkuasa.

Sebelum ini juga, Trump sendiri telah menyatakan keraguan mengenai ketepatan statistik China untuk kes-kes kematian berhubung pandemik itu. Tetapi tindakan Trump sebelum ini telah dikritik kerana awalnya menyamakan virus itu dengan selesema biasa. Malah dia berkata berada ianya di bawah kawalan di Amerika Syarikat sebelum menyedari ia adalah isu kecemasan negara.

Artikel berkaitan: Donald Trump Beri Jangkaan Dua Minggu Yang Akan Datang Bakal Menjadi Lebih Teruk Lagi Untuk Amerika

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...