Donald Trump Tak Puas Hati Filem Korea Selatan ‘Parasite’ Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar

Trending

Donald Trump Tak Puas Hati Filem Korea Selatan ‘Parasite’ Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar

Umum sudah mengetahui, filem dari Korea Selatan iaitu Parasite berjaya diangkat sebagai filem terbaik di Anugerah Oscar ke 92 baru-baru ini. Filem arahan Bong Joon Ho berjaya merangkul empat anugerah di Oscar antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Baca: Lokasi Penggambaran Filem Parasite Semakin Mendapat Tarikan Pelancong Selepas Kemenangan Besar Di Oscar

Advertisement

Tetapi nampaknya kemenangan ini tidak disukai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang tidak menyangka filem itu diangkat sebagai filem terbaik. Beliau memberitahu di dalam ucapannya ketika berkempen bertemu penyokongnya di Colorado dalam meneruskan usaha mengekalkan jawatan Presiden.

Menurut Trump, anugerah Oscar kali ini begitu teruk sehinggakan filem daripada Korea Selatan yang dipilih untuk memenangi filem terbaik. Tambahnya lagi, kemenangan filem Parasite ini bermakna tiada lagi filem yang ‘bagus’ dihasilkan oleh pembikin filem di Amerika Syarikat.

Kita sudah mempunyai pelbagai masalah dengan hal dagangan Korea Selatan dan kali ini mereka mengangkat pula filem Korea Selatan sebagai pemenang. Adakah filem itu bagus? Saya tidak pasti.

filem parasite

Pandangan daripada Donald Trump ini nampaknya tidak disambut baik oleh pembikin filem di Amerika Syarikat yang membidas dakwaan Trump itu. Termasuklah Neon, studio yang bertanggungjawab mengedar filem itu di Amerika Syarikat turut menafikan kritikan itu.

Kritikan daripada Donald Trump itu dikatakan hanya sebagai satu bahan untuk dipolitikkan memandangkan beliau ingin meraih sokongan daripada rakyat Amerika Syarikat. Untuk pengetahuan anda selain daripada Oscar, filem Parasite juga berjaya merangkul anugerah Best Foreign Film di Golden Globe Award.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...