Donald Trump Ingatkan Masyarakat Muslim Di Amerika Syarikat Untuk Menjaga ‘Social Distancing’ Ramadan Ini

Trending

Donald Trump Ingatkan Masyarakat Muslim Di Amerika Syarikat Untuk Menjaga ‘Social Distancing’ Ramadan Ini

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah dituduh mencetuskan ‘Islamophobia’ setelah menimbulkan persoalan mengenai ‘social distancing’ atau penjarakan sosial di masjid-masjid pada bulan Ramadan ini. Pada Sabtu lalu beliau berkata ‘boleh ada perbezaan’ berhubung bagaimana pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung semasa Ramadan ini, berbeza dengan sambutan Easter yang disambut masyarakat Kristian.

Presiden itu membuat komen tersebut ketika ditanya mengenai tweet dari penulis konservatif Paul Sperry, yang telah di tweet semula oleh Trump, yang menunjukkan bahawa umat Islam boleh mendapatkan layanan istimewa.

Advertisement

“Saya mesti mengatakan boleh ada perbezaan. Dan kita harus melihat apa yang akan terjadi. Kerana saya telah melihat perbezaan besar di negara ini.”

Ketika wartawan bertanyakan kepada Trump mengenai apakah dia secara khusus berpendapat bahawa para pemimpin agama Islam di AS tidak akan mengikuti garis panduan penjarakan sosial selama Ramadan ini, Trump menjawab: “Tidak, saya sama sekali tidak menyangka itu.”

Saya adalah seseorang yang mempercayai iman. Dan yang penting bukan apa kepercayaan anda. Tetapi ahli politik kita nampaknya memperlakukan agama dengan cara yang sangat berbeza.

donald trump

Tambahnya lagi, beliau tidak tahu apa yang berlaku dengan negaranya (Amerika Syarikat) tetapi kepercayaan Kristian diperlakukan jauh berbeza daripada sebelumnya dan dia berasakan ia dilayan dengan sangat tidak adil. Trump sebelum ini telah lama dituduh memupuk permusuhan terhadap umat Islam untuk kepentingan politik.

Terutama dengan janjinya untuk menghentikan umat Islam memasuki AS, salah satu tonggak kempen presidennya yang berjaya pada tahun 2016. Trump sebelum itu ditanya oleh kumpulan konservatif mengenai kemungkinan masyarakat Islam AS akan mendapat layanan yang sama seperti yang dilakukan oleh penganut Kristian kerana melanggar peraturan penjarakan sosial ketika menyambut Hari Easter.

Artikel berkaitan: CEO WWE Vince McMahon Antara Yang Dipilih Sebagai Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat Oleh Donald Trump

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...