Donald Trump Iktiraf Jerusalem Ibu Kota Israel, Ini 9 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Israel

Trending

Donald Trump Iktiraf Jerusalem Ibu Kota Israel, Ini 9 Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai Israel

Kepahitan umat Islam pada hari ini lebih parah apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis waktu Malaysia mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Advertisement

Kenyataan kontroversi Trump mengenai Baitulmaqdis itu satu hal, tetapi hal yang lebih membimbangkan ialah nasib Masjid Al-Aqsa, letaknya di Baitulmaqdis.

Perlu diingatkan Masjid Al-Aqsa ialah kiblat pertama umat Islam sebelum ditukar kepada Kaabah atas perintah Allah s.w.t.

Masjid Al-Aqsa juga masjid yang dimuliakan Allah selain Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Episod sedih yang menimpa umat Islam berkaitan dengan Masjid Al-Aqsa sebenarnya berlaku lebih awal daripada itu.

Sebagai umat Islam, ini 9 Fakta yang anda WAJIB tahu mengenai Israel laknatullah ini yang sebenarnya tidak ada tempat di atas muka bumi ini.

#1- Bahasa Nasional

Selain Bahasa Ibrani Modern, Bahasa Arab merupakan bahasa utama yang dipakai warga Israel.

Kedua bahasa ini merupakan bahasa rasmi di Israel.

Bahasa Ibrani Modern baru berkembang pada akhir abad ke-19. Bahasa ini berasal dari Bahasa Ibrani kuno yang dipengaruhi oleh berbagai bahasa lain, seperti Inggeris, Slavia, Arab dan Jerman.

#2- Negara Kecil

Wilayah kedaulatan Israel menurut Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang ditandatangani dengan Mesir, Lebanon, Yordania dan Suriah, adalah 20.770 km2.

Sementara wilayah keseluruhan yang dibawah kawalan Israel, termasuk Jerusalem Timur dan Tepi Barat, luasnya sekitar 27.799 km2.

Dari Utara ke Selatan panjang negara ini 470 km. Titik terlebar 135 km, sementara yang paling pendek hanya 15 km panjangnya.

#3- Wajib Masuk Askar

Israel merupakan satu-satunya negara yang mewajibkan warganya dan penduduk tetap, baik pemuda mahupun remaja perempuan, untuk menjalani wajib latihan ketenteraan.

Setiap warga Israel yang telah berusia 18 tahun, dan memenuhi syarat, diwajibkan untuk masuk latihan kententeraan. Biasanya lelaki bertugas selama 3 tahun dan perempuan 2 tahun.

#4- Kelompok Penyokong Palestin

Neturei Karta yang bermaksud “Penjaga Kota” adalah kelompok religius Yahudi yang lahir pada tahun 1938. Kelompok ini menentang pahaman Zionis dan pembentukan Negara Israel.

Berdasarkan keyakinan mereka, orang-orang Yahudi dilarang untuk memiliki negara mereka sendiri sampai kedatangan Mesias Yahudi. Kelompok ini dikenal sebagai penyokong Palestin.

#5- Einstein Menolak jadi Presiden

Meski tidak melakukan ibadah, Albert Eistein memiliki ikatan kuat dengan Yahudi, terutama dengan penganutnya. Ikatan ini bertambah kuat pada waktu anti-Semitisme di Jerman.

Kunjungan pertama beliau ke Amerika adalah untuk mengumpulkan dana bagi gerakan Zionis. Menjelang akhir hidupnya, ia pernah ditawarkan untuk menjadi presiden Israel. Namun ia menolaknya.

#6- Surat kepada Tuhan

Setiap tahunnya, pejabat pos di Jerusalem menerima lebih dari 1000 surat yang dialamatkan kepada Tuhan. Surat yang datang dari pelbagai negara ini ditulis dalam pelbagai bahasa, paling banyak adalah Bahasa Rusia serta Jerman.

#7- Penderitaan Jerusalem

Dalam sejarahnya, kota Jerusalem pernah dua kali dibakar, disekat 23 kali, diserang 52 kali, diduduki dan direbut kembali sebanyak 44 kali.

Bahagian tertua di kota ini, iaitu di mata air Gihon, dibangunkan antara tahun 4500-3500 SM. Kota suci umat Yahudi, Kristen dan Islam ini merupakan salah satu kota tertua di dunia.

#8-Rekod Penumpang Pesawat

Pada 24 Mei 1991, pesawat Boeing 747 milik syarikat penerbangan Israel, El Al, melepasi Addis Ababa dengan membawa 1,088 orang penumpang.

Jumlah penumpang ini menjadi rekod penumpang penerbangan komersial. Penerbangan ini merupakan sebahagian dari Operasi Solomon, misi mengangkut warga Yahudi dari Ethiopia.

#9- Wang untuk Tunanetra

Mata wang Israel, Shekel, merupakan salah satu mata wang di dunia yang memakai huruf seperti huruf Braille. Sistem ini untuk memudahkan penduduk yang mengalami masalah penglihatan dan kaedah ini juga diterapkan di Kanada, Mexico, India dan Rusia.

Kesucian Masjid Al-Aqsa semakin dicemari dengan tindakan Trump ke atas Baitulmaqdis, maka umat Islam ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Trump bersikap biadap dengan membuat pengiktirafan itu. Ia benar-benar luka yang dalam dan sukar sekali untuk sembuh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...