Baru-baru ini, tular video memaparkan Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump disambut di istana presiden UAE, Qasr Al Watan, oleh wanita berjubah putih.
Donald Trump disambut besar-besaran ketika datang ke UAE
Dapat dilihat dalam video yang tular itu, kelihatan wanita berjubah putih tersebut melakukan ritual membalikkan rambut yang dikenali sebagai Al-Ayyala.
Susulan video berkenaan tular di platform X, ia telah mendatangkan kekecohan di kalangan warganet apabila tarian tradisional dilakukan oleh wanita-wanita itu untuk menyambut kedatangan Donald Trump.
Forgive my ignorance. Is this really a traditional Emirati welcoming ceremony? pic.twitter.com/oI7TxG5grN
— Ragıp Soylu (@ragipsoylu) May 15, 2025
Al-Ayyala, tarian tradisional penuh dengan simbolisme dan makna
Menurut UNESCO, tarian ini bukan sahaja dikenali di kalangan penduduk setempat, tetapi juga dipersembahkan di pelbagai perayaan dan majlis khas.
Dalam tarian Al-Ayyala, puisi dan gendang menjadi elemen penting yang mengiringi gerakan peserta. Lelaki akan berdiri dalam dua baris yang saling menghadap, membawa pedang atau batang buluh sebagai simbol pertempuran.
Gerakan mereka yang terkoordinasi dengan muzik memberikan gambaran tentang adegan peperangan yang disimulasikan dengan penuh semangat.
Peranan wanita dalam tarian Al-Ayyala
Wanita dalam tarian ini akan menyelak rambut mereka dari sisi ke sisi dengan alunan muzik yang mengiringi. Gerakan ini memberi kesan visual yang menakjubkan dan menambah keanggunan kepada persembahan.
Al-Ayyala biasanya dipersembahkan semasa majlis perkahwinan dan perayaan besar di UAE dan Oman. Tarian ini bukan hanya sebagai hiburan, tetapi juga sebagai simbol kegembiraan, perpaduan, dan harapan bagi masa depan yang cerah.